,
Laman Utama

Tak Sempat Bernafas! 3 Jam Dah 50% Sold Out? Hebat Aura Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022!

Hanafis Haris
20/05/2022
05:11 MYT

Sebanyak 50 peratus jualan tiket bagi zon silver habis terjual dalam hanya tempoh tiga jam! Itu penangan dua penghibur berprolifik tinggi Anuar Zain dan Ziana Zain yang bakal mengadakan konsert pada Ogos ini.

Konsert berskala besar diberi judul Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 dianjurkan Trumpet International Sdn. Bhd itu dengan bangganya mempersembahkan secara duo Anuar Zain dan Ziana Zain di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Biarpun bukan pertama kali berkolaborasi dalam konsert skala besar bersama kakaknya, namun Anuar menyifatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan penganjur sebagai satu penghormatan buat mereka berdua.

“Bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sekian lama menginginkan persembahan kami berdua.

“Konsert ini bakal menjadi momen kolaborasi indah buat saya dan kakak saya yang telah sekian lama berada di dalam industri ini,” ujar Anuar Zain.

Bakal memberi persembahan yang akan menjadi ‘mimpi indah’ buat penonton, pelantun Lelaki Ini juga dijangka menampilkan sebuah kolaborasi epik bersama Ziana Zain dalam konsert tersebut.

Sementara itu bagi Ziana sendiri, konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 merupakan ‘hadiah’ kepada peminat sepanjang pembabitan mereka sebagai pelaku seni.

“Konsert ini akan menjadi ‘golden moment’ bukan sahaja buat peminat tetapi kami dua beradik.

“Kami sangat berterima kasih kepada penganjur, Trumpet International Sdn Bhd yang berani mengetengahkan Anuar dan Ziana Zain dalam konsert ini pada saat dunia hiburan tempatan kita baru ingin giat semula,” kata pelantun Madah Berhelah tersebut.

Difahamkan, persembahan tersebut bakal berlangsung selama 90 minit dan kedua dua penghibur kesayangan ramai ini dijangka melantunkan lagu lagu malar segar dan popular yang telah menjulang nama mereka dalam persada seni tempatan.

Selaku jurucakap penganjur, bekas pemain Badminton negara, Koo Kien Keat melahirkan rasa bertuah di atas penganjuran dan kerjasama julung kali Trumpet International Sdn. Bhd bersama idola ramai Anuar dan Ziana Zain.

Koo Kien Keat menyifatkan penganjuran Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan menjadi pengubat rindu buat peminat muzik dan penggemar pasangan adik beradik tersebut selepas pelbagai aktiviti seni termasuk konsert bagai ‘terhenti’ kerana pandemik.

“Kami amat berbesar hati menganjurkan konsert dua beradik Anuar Zain dan Ziana Zain yang cukup bermakna ini. Tiket-tiket boleh dibeli melalui laman www.excitix.com.my pada hari ini, 19 Mei 2022, jam 3 petang.

“Ini merupakan kesempatan yang sangat hebat buat kami membawakan dua penyanyi dengan vokal emas dalam kolaborasi yang pertama kali diadakan dalam sejarah hiburan tempatan di Malaysia.

“Kami percaya Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan menjadi sebuah konsert yang tidak akan dilupakan,” kata Koo Kien Keat yang turut berharap akan ada lebih banyak syarikat lain memberi sokongan kepada anak seni dalam penganjuran pelbagai konsert pada masa akan datang.

Tiket Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 dijual pada harga bermula RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1188. Ia boleh dibeli secara talian (online) di www.excitix.com.my mulai semalam.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.