,
Hiburan

"Tak Sabar Nak Tengok!" - Netizen Teruja Tonton Trailer Filem Hantu Kak Limah

Kamaruddin Razal
10/07/2018
03:57 MYT
Kehangatan filem Hantu Kak Limah semakin dirasakan! Bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Ogos ini, trailer filem ini telah pun dimuat naik menerusi saluran YouTube Astro Shaw.
Menerusi trailer rasmi pertama yang berdurasi satu minit, netizen memberikan respon yang baik terhadap filem ini.
Di ruangan komen YouTube Astro Shaw, peminat sudah tidak sabar menunggu tanggal 9 Ogos untuk menonton filem Hantu Kak Limah di pawagam.
Rata-rata netizen juga berharap agar filem ini lebih kelakar berbanding filem-filem sebelum ini.
Masih mengekalkan genre komedi seram ini, filem ini mengekalkan penampilan tunggak utama iaitu Dalimawati sebagai Kak Limah dan Datuk Awie sebagai Husin.
Manakala barisan bintang lain yang membintangi Hantu Kak Limah ialah Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, Pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi.
Filem arahan Mamat Khalid ini turut menampilkan Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebagai cameo.
Sebelum ini, Mamat pernah muncul dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013).
Menariknya, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pernah mencatat kejayaan besar dengan kutipan pecah panggung RM8 juta.
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Dalimawati
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tiadanya Mamat Khalid, Siapa Penyambung Legasi Seterusnya?

gempak
26/02/2022
12:40 MYT
Siapa yang akan terus memperjuangkan karya-karya seni seperti Mamat Khalid?
Laman Utama

Perak Ada Hantu Kak Limah! Kelantan Ada Hantu Mok Joh…5 Sebab Wajib Tonton Filem Komedi Seram Terbaharu Ini

gempak
17/02/2022
12:37 MYT
Wow best lah Hantu Mok Joh ni!
Laman Utama

Astro tayang 19 karya Mamat Khalid bermula hari ini

gempak
24/10/2021
15:50 MYT
Filem-filem Mamat Khalid di Astro
Laman Utama

Lailasari Bangkit Dari Kubur Jadi Pontianak, Kak Limah Diserahkan Pada Pak Jabit Untuk Dijaga

gempak
02/02/2021
07:50 MYT
Oh, begitu kisahnya.
Laman Utama

Sejarah Mak Kak Limah Terbongkar, Delimawati Muncul Dalam Episod Kesembilan Kampong Pisang Bersiri-siri Malam Ini

gempak
01/02/2021
05:50 MYT
Uimak, sejarah mak Kak Limah jadi pontianak!