,
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

Asyikin Mayudin
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.

Doa yang baik

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menyifatkan segala pertanyaan itu merupakan doa yang baik buat masa hadapannya.

"Saya tidaklah rimas, sebab benda itu macam orang nak ambil tahu, mestilah sudah tentu nak minta juga orang lain tolong mendoakan.

"Bagus juga bila orang tanya-tanya ini, supaya orang boleh doakan semoga saya dapat jodoh yang baik, dapat anak serta berbahagia hingga hujung nyawa. Saya nak bahagia seperti itu. Jadi saya tak kisah orang bertanya," katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan - “Allah Minta Kita Untuk Memaafkan Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Perhimpunan Solidariti, Ramai Suka Tengok Nadia Brian Bertudung Labuh - “Cantiknya Pakai Macam Ni, Semoga Berterusan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Mahu Jadi Penyondol Atau Disondol” - Nadia Brian

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Nadia Brian Mahu Suami Kuat Agama Jadi ‘Content’ Netizen - “Sampai Call Ustaz Di Mekah, Tapi Saya Anggap Dia…”
Nadia ditemui di sidang media filem Duyung: Legenda Aurora di Wetland Studios, Putrajaya baru-baru ini.

Ambil positif

Dalam pada itu, Nadia juga mengakui dia sentiasa positif apabila soalan mengenai pasangan diajukan padanya.

“Itulah lumrah kehidupan. Biasalah namanya manusia mesti nak berpasangan, berumah tangga, dan ada anak. Jadi, tak ada masalah pun kalau orang asyik bertanya dan saya anggap ia sebagai doa. Tapi bila orang tak tanya nanti pelik pula orang tak tanya,” katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Eva ini tidak menafikan ada lelaki yang mahu berkenalan dengannya, namun dirinya kini sibuk dengan karier seni serta menguruskan perniagaannya.

Mesej nak kenal

"Saya tak nafikan banyak jugalah menerima Direct Message di Instagram (IG) daripada mereka yang mahu berkenalan, berkawan. Tapi, saya ini sangat sibuk bekerja sekarang.
"Jadi, saya tak tahulah siapa boleh bersama dengan saya yang selalu sibuk ini. Saya kena hadkan waktu jugalah apabila sudah sampai tahap usia tertentu.
“Tapi jujurnya saya belum bertemu lagi. Sudah tentu kita mahu yang terbaik untuk kita, kita mahu hubungan berpanjangan jadi insyaAllah doa yang baik-baik," katanya.
Terdahulu, Nadia dan bekas suaminya, Muizz yang juga ahli perniagaan bernikah pada 9 November 2019 dan rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.
Dalam perkembangan lain, Nadia akan membintangi filem Duyung: Legenda Aurora yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Atu Zero, Sharif Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.
Penggambaran Duyung: Legenda Aurora bakal berjalan dari 13 September sehingga 13 Oktober depan di Pulau Paya, Langkawi, Lembah Klang dan Putrajaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Viral

Ananda Natasha Tak Tolak Berjodohan Dengan Ezra Kairo - "Kalau Ada Jodoh, Ada Lah"

gempak
12/08/2024
08:25 MYT
Dilihat semakin rapat dengan penyanyi, Ezra Kairo, bekas isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera, Ananda Natasha, tampil mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut.