,
Hiburan

“Tak Puas Tengok Paskal, Ada Dekat Polis Evo 2” – Peminat Rindu Hairul Azreen

Mya Amri
21/11/2018
06:39 MYT
Selepas filem PASKAL, peminat Hairul Azreen mengubati kerinduan terhadap aktor berkenaan dengan menonton sekuel Polis Evo 2 (PE2) yang telah ditayangkan di pawagam bermula semalam.
Impak daripada PE2, instagram (IG) Hairul Azreen kini dibanjiri dengan komen-komen positif oleh peminat.
Walaupun sedikit berlainan dengan watak Leftenan Arman dalam filem PASKAL, namun lakonan Hairul yang memegang karakter Zul menerusi PE2 itu ternyata meninggalkan kesan di hati peminatnya.
“Polis Evo 2 memang sangat berbaloi untuk ditonton. Dari awal dah ada plot twist. Lepas itu ada juga babak lawak yang tidak dijangka ketika saat genting dan satu panggung ketawa.
“Masih tak boleh move on dengan itu dan juga babak paling diingati untuk saya adalah babak terakhir Hairul Azreen, haish,”
Hairul juga berkongsi maklum balas peminat mengenai PE2 menerusi Insta Story miliknya.
Antaranya:
“Tak puas tengok dekat PASKAL, nasib dekat Polis Evo 2 ada”, komen @nursyadiyahh
“Polis Evo 2, serius keluar panggung rasa penat. Paling satu panggung macam ‘aaaaaaa’ bila babak terakhir Hairul Azreen tu. Like seriouslyyyyy (nak tahu apa jadi sila tengok).
“Apa-apa pun Inspektor Sani dan Inspektor Khai tetap terbaik. Kita buat apa yang orang lain tak mampu buat. Korang semua patut pergi tengok,” tulis peminat lain. Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.
Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip. Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November lalu.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Foto: Instagarm @hairulazreen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

gempak
13/08/2024
02:46 MYT
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen.
Hiburan

Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"

gempak
27/06/2024
06:25 MYT
Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini memuat naik hantaran mencuit hati memaparkan anak perempuannya, Alisa menangis meminta untuk bertemu bersama bintang badminton negara, Lee Zii Jia.
Laman Utama

Artis Lelaki Pernah Hancurkan Hati Hairul Azreen - “Saya Ingat Sampai Hari Ini”

gempak
03/09/2023
11:54 MYT
Siapa la agaknya artis lelaki itu ya?
Laman Utama

#GMW: Trend NPC Jadi Ikutan, Refal Hady Malu-Malu & Menariknya Filem Malbatt: Misi Bakara

gempak
23/08/2023
10:25 MYT
Jom tengok GMW minggu ini!
Laman Utama

Hairul Azreen Umum Bersara Jadi Pelakon, Malbatt: Misi Bakara Filem Terakhir!

gempak
21/08/2023
01:46 MYT
Kenapa Hairul Azreen bersara?