,
Hiburan

Tak Puas Hati Maszlee Letak Jawatan? Satu Petisyen Ditubuhkan! Bertujuan Untuk...

Hanafis Haris
03/01/2020
05:42 MYT
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berkuat kuasa hari ini.
Difahamkan, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA: "Atas Nasihat Tun M, Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan" - Dr Maszlee Malik
Namun, di sebalik pengumuman berkenaan, rata-rata netizen di sosial media dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Ramai yang enggan menerima hakikat perletakan jawatan Maszlee, sekali gus menjadikan beliau menteri yang memegang portfolio ini dalam tempoh yang singkat.
Sehubungan itu, satu petisyen diwujudkan untuk mengekalkan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.
Sehingga artikel ini ditulius, seramai 270,452 telah menandatangani petisyen berkenaaan.
Berdasarkan laman web tersebut, mereka antara lain menyatakan Maszlee telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru guru dan masyarakat.
Antara sumbangan beliau dalam tempoh yang singkat ini adalah Sifar Sekolah Daif, Program Sarapan Pagi Percuma, Program Pertukaran Guru 'Suka Sama Suka', Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU, Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.