,
Laman Utama

Tak Puas Hati Dengan ‘Restoran Hipster’, Sharifah Zarina & Anak Tular Lagi!

Fiza Kamarudin
11/10/2020
09:24 MYT
Penyanyi Langit Ketujuh Sharifah Zarina dan anaknya Athalia Deena Buswani, sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila video mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah restoran tular di laman sosial Twitter.
Menerusi video yang dimuat di Intagaram dan Tik Tok tersebut, Sharifah Zarina dan Athalia mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya tersebut terhadap mereka.
Difahamkan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.
Bagaimanapun sebaik sahaja mereka duduk, pelayan restoran memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.
“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!
“Tadi aku kat depan tu que apasal kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah Zarina yang terpaksa mencari lokasi lain untuk meraikan majlis hari lahir anak sulungnya itu. Sementara itu Athalia menerusi sebuah video, mendakwa dirinya dimalukan di restoran terbabit.
“Kami dah duduk kat meja tu, tak tahu berapa lama…Mereka dah bagi menu, suruh scan dan order. Tak ada orang pun bagitahu yang tempat tu nak tutup sebab ada event.
“Kalau mereka bagitahu lebih awal sebelum kami masuk, kami boleh ‘blah’ pergi tempat lain,” katanya bengang.
Athalia dan Zarina juga mendakwa pemilik restoran memohon maaf diruangan komen IG serta menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.
Video tersebut telah ditonton lebih 450 ribu kali di Twitter dan diulang kicau hampir 5,000 pengguna laman sosial tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, warga Twitter mula mengecam tindakan Zarina dan Athalia dan mendakwa pemilik restoran sudah membuat pemberitahuan menerusi laman sosial mereka. Terdahulu Zarina dan Athalia menjadi tular selepas anak sulungnya itu dituduh mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.