,
Viral

Tak Pilih Rupa, Netizen Puji Manisnya Perkahwinan Gadis Melayu Dengan Lelaki Kacukan Chinese-British

Mya Amri
29/06/2020
13:20 MYT
Kisah menarik pasangan berlainan kaum dan agama yang baru sahaja berkahwin yang dikenali sebagai Nina dan Hayden menjadi tular baru-baru ini.
Difahamkan, gadis tersebut merupakan warganegara Malaysia manakala suaminya pula kacukan Chinese British.
Menerusi laman YouTube, pasangan ini juga turut berkongsi detik pertemuan dan kisah percintaan mereka.
Pasangan yang melanjutkan pengajian University of Winchester, United Kingdom ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan selama 5 tahun pada penghujung 2019.
Nina juga memberitahu mereka mengambil keputusan untuk membuka akaun YouTube (HaydenToNina) untuk berkongsi pengalaman dan kisah mereka mengenai perkahwinan campur.
Nina juga menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya menyatakan rasa terkejut sebaik sahaja mengetahui kisah mereka tular di Malaysia. “Kami menjadi tular di Malaysia. Hi semua, agak sukar untuk kami bercakap mengenai perkara ini di hadapan kamera dan kami juga tertanya-tanya adakah apa yang kami lakukan ini salah atau tidak.
“Kami memulakan YouTube pada asalnya hanya kerana mahu berkongsi kegembiraan dan keseronokan bersama anda semua tentang perjalanan kisah kami.
“Kami harap anda semua memahami bahawa kami berdua juga adalah manusia dan mempunyai perasaan. Terima kasih atas sokongan anda dan kami sangat-sangat menghargainya,” tulisnya.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto sweet pasangan Nina dan Haydeen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.