,
Laman Utama

Tak Perlu Kontroversi Murahan, Ini Kisah Kejayaan Figura Hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein & Tyzo

Mya Amri
28/07/2023
03:50 MYT
Kejayaan tiga nama hebat iaitu Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) baru-baru ternyata membuka mata rakyat Malaysia.
Tidak perlukan kontroversi murahan, sebaliknya Bell, Elly dan Tyzo dikenali atas usaha keras mereka sepanjang berada dalam industri seni tanah air.
Kemenangan figura hebat ini juga turut menarik perhatian Public Health Malaysia yang turut berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan mereka.
Ini adalah kisah mengenai individu yang mendapat penghargaan selepas bekerja keras melakukan pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun.
1. Bell Ngasri sudah mula memegang skrip sejak usianya 6 tahun. Pelbagai watak, dari remaja nakal kaki buli sehinggalah watak popular Barkoba telah dilakonkan.
2. Tiada kontroversi murahan, tiada gimik aneh untuk mengangkat namanya, beliau terus kekal relevan selepas 37 tahun dalam industri.
3. Elly Mazlein membuat kemunculan pertama ketika zaman emas Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu pada penghujung 90 an. Bukan mudah untuk artis wanita lain untuk menyinar pada ketika itu.
4. Cubaan untuk come back dengan menyertai Gegar Vaganza hampir tidak menjadi apabila beliau menarik diri pada minggu minggu awal kerana kritikan hebat juri.
5. Hanya selepas muncul sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom dan lakonan dalam siri Kampung People namanya kembali menyerlah naik
6. Tyzo walaupun nampak muda, rupanya sudah berpuluh tahun bertugas sebagai penyampai radio. Hanya selepas 20 tahun menjadi penyampai radio beliau berjaya memenagi anugerah.
7. Ini membuktikan betapa penting untuk seseorang untuk terus berusaha melakukan pekerjaan yang diminati dan disukai tanpa erti jemu.
8. Jika anda sedang berusaha melakukan sesuatu dan masih tidak menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan, jangan cepat berputus asa!
9. Paling penting, tidak perlu membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. Mungkin rezeki anda masih belum tiba lagi, teruskan berusaha dan mencari kelainan dan keunikan, semoga ada sinar di penghujung jalan buat semua
BACA: Yak Yak Yey! Tepati Ramalan, Bell Ngasri Diumum Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35
Terdahulu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 35 dan berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Manakala Elly pula dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pengacara TV Popular dan Tyzo, Penyampai Radio Popular.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Enam Peserta Layak Ke Final, Atie Tersingkir Di Separuh Akhir! Semak Markah Penuh Di Sini

gempak
26/10/2024
21:55 MYT
Separuh akhir Kilauan Emas 2024 telah menyaksikan enam peserta layak untuk berentap merebut gelaran juara di pentas akhir Kilauan Emas 2024 pada minggu hadapan.
Hiburan

“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

gempak
26/10/2024
12:50 MYT
Penyampai radio, Elly Mazein berkongsi videonya sempat menziarahi adik Alisa Umairah sebelum kanak-kanak itu melakukan pembedahan terakhirnya di sebuah hospital kerajaan.
Hiburan

Public Health Malaysia Dakwa Lirik Lagu APT Ada Unsur Lucah, Netizen Pula Komen: “Lagu Ni Buat Chill Je”

gempak
25/10/2024
09:50 MYT
Public Health Malaysia (PHM) mendakwa lagu popular APT nyanyian Rose dan Bruno Mars mempunyai lirik yang tidak baik untuk kanak-kanak terutamanya.
Hiburan

Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”

gempak
19/10/2024
09:55 MYT
Penyampai radio ERA, Elly Mazlein akui hatinya tersentuh semasa melawat adik Alisa Umairah yang menghidap penyakit kanser mata tahap 4 di Labis, Johor baru-baru ini.
Hiburan

Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."

gempak
16/10/2024
10:25 MYT
Penyampai radio, Elly Mazlein sebak ketika menziarahi Alisa Umairah Nur Hisham, seorang bayi berusia setahun 11 bulan yang menghidap kanser mata tahap 4 di Segamat, Johor.
Unitar