,
Laman Utama

Tak Perlu Ke KL, Pierre & Mikael Andre Ke Tempat Korang Untuk Cari Bakat Baharu Berlakon Siri Seram!

Amri Hassan
12/08/2023
06:54 MYT
Pasangan pelakon dan pengarah adik-beradik, Pierre serta Mikail Andre membuka peluang baharu kepada orang ramai untuk mencuba nasib menerusi sesi ujibakat yang diadakan secara bersiri di seluruh negara.
Menurut Mikail, sesi uji bakat yang berlangsung di Sarang Port And Studio, Ipoh, Perak pada 7 Ogos lalu berjalan dengan lancar dan meriah.
"Calon-calon dilihat begitu bersemangat kerana mereka datang ke lokasi uji bakat seawal jam 9.50 pagi dan tidak henti-henti sehinggalah sesi itu tamat sekitar pukul 4.30 petang.
"Idea untuk mengadakan sesi uji bakat di Ipoh, bukannya di Kuala Lumpur seperti kelaziman kerana mahu anak-anak muda yang tinggal di luar bandar juga berpeluang untuk bergelar pelakon," ujarnya.
Ulas bintang filem Sniper itu, selama ini calon-calon terpaksa menempuhi perjalanan jauh untuk ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menghadiri sesi uji bakat dan situasi tersebut disifatkan sangat berisiko.
Justeru Mikail berkata, cukup sayang sekiranya membiarkan muka-muka baharu di luar sana yang berkemungkinan mempunyai bakat besar untuk berdepan risiko berbahaya, sekali gus merugikan industri.
“Hari ini ramai yang berbakat. Sayang kalau kita tak dorong mereka dengan menawarkan sedikit kemudahan.
"Jadi inisiatif memanggil bakat baharu ini adalah untuk projek YouTube Andre Brothers Pictures dengan kerjasama Sarang Port And Studio.
“Dengan pendedahan sebegini, kami dapat mencungkil bakat baharu sekali gus mencari pelakon untuk projek yang sedang dijalankan ini,” ujarnya di samping menyuarakan hasrat mahu menggerakkan komuniti seni di Ipoh.
Untuk info, projek yang sedang dua beradik itu usahakan akan memulakan penggambaran pada September depan dan ia merupakan sebuah naskhah seram yang dijadualkan siaran di saluran YouTube Andre Brothers Pictures.
Jelas Mikail, setakat ini skrip drama bersiri tersebut sudah siap sebanyak 10 episod dan menunggu para pelakon untuk beraksi di hadapan kamera terdiri daripada wajah lama dan baharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.