Laman Utama
Tak Pedulikan Penumpang Nak Berhenti Solat Subuh, Sani Express Ambil Tindakan Terhadap Pemandu
Syarikat pengangkutan bas, Sani Express mengambil tindakan terhadap seorang pemandu yang didakwa enggan berhenti di hentian rawat dan rehat (r&r) untuk berehat dan solat.
Menerusi sebuah kenyataan, Sani Express berkata pihak syarikat memandang serius perkara berkenaan dan akan menjalankan siasatan dalaman.
Tambahan lagi, berhenti rehat dan solat merupakan prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express.
“Berkenaan isu yang tular baru-baru ini , kami telah menerima banyak pertanyaan (komen/pm/inbox) dari orang ramai tentang status tindakan selanjutnya oleh pihak syarikat berkenaan isu ini
“Untuk makluman semua, pemandu tersebut telah diturunkan dan tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini, siasatan dalaman syarikat juga akan diadakan dalam masa terdekat.
“Tindakan disiplin/ amaran/ kaunseling/ latihan semula atau tindakan lanjut adalah prosedur syarikat yang akan dilakukan kelak terhadap pemandu tersebut.
“Pihak Syarikat memandang serius berkenaan insiden tersebut dan berasa kesal terhadap apa yang berlaku, berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan.
“Solat lima waktu adalah perkara WAJIB yang harus dilaksanakan kita sebagai umat Islam dan kami, pihak syarikat ingin memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji dan berusaha agar perkara tersebut tidak berulang lagi,” katanya.
Terdahulu seorang penumpang Sani Express meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pemandu yang didakwa tidak berhenti solat Subuh serta meninggalkan penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu pada Sabtu lalu.
Dakwa penumpang itu lagi, pemandu tersebut turut meninggalkan penumpang ketika berhenti untuk membuang air kecil di stesen minyak Setiu.
Must-Watch Video