,
Viral

Tak Nak Pergi Vaksi, Oyen Buat Hal Nyorok Dalam Meter Kereta! - "Dia Punya Akal Boleh Buat Bibik Panas Hati"

Umirah Halim
03/02/2024
14:00 MYT
Gelagat seekor kucing menyorok di dalam meter kereta yang tular baru-baru ini undang rasa geli hati netizen. Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pemilik kucing tersebut, Ash Halim, kucing yang bernama Mochi itu dikatakan bertindak sedemikian kerana takut untuk pergi vaksin.
@ashashikin0 Bila kucing kau warna oren Nama dia Mochi tapi dia punya akal ? boleh buat bibik panas hati lah #CapCut #oyennakal #sikucingoyen #kucingtakut ♬ original sound - Ash Halim
“Bila kucing kau warna oren Nama dia Mochi tapi dia punya akal, boleh buat bibik panas hati lah.

Berita Trending: Netizen Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bak ‘Pasar Malam’, Pengantin Kongsi Kos…

“Sebenarnya nak bawa dia pergi vaksin je tapi dia punya takut sampai menyorok dekat dalam meter kereta. “Terpaksa lah minta tolong abang kedai aksesori kereta ni. Thank you abang,” tulisnya pada hantaran tersebut. Video yang berdurasi 1 minit 11 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat lucu yang dipaparkan kucing itu. “Tak pasal-pasal abang aksesori tambah satu kepakaran dalam resume. “Cats are liquids, gemuk-gemuk macam tu muat weh. “Kak kenapa tak blur kan muka oyen? Aib dia dah tersebar,” tulis beberapa netizen dengan nada seloroh. Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 600,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

gempak
03/09/2024
04:25 MYT
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad.
Viral

"Sampai Berlubang & Kena Masuk Wad Buang Air Bisa” - Individu Kongsi Pengalaman Abangnya Digigit Kucing

gempak
27/08/2024
21:55 MYT
Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah terkena jangkitan kuman pada bahagian lengan akibat digigit seekor kucing.