,
Laman Utama

"Tak Mungkin Saya Marah Kalau Tak Ada..."- Asyraf Khalid Jawab Tuduhan 'Rude' Dengan Pekerja Hotel

Syafiqah Jalal
05/07/2023
02:30 MYT
Ahli perniagaan Asyraf Khalid akhirnya tampil membuat penjelasan panjang lebar mengenai tuduhan terhadap diri dan isterinya Tya Ariffin yang didakwa bersikap kurang adab dan berlagak alim oleh seorang pengguna media sosial.
Asyraf yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza menafikan semua dakwaan itu dan menganggap ia tuduhan yang tidak berasas.
"Hari ni saya dapat banyak pangilan dari media berkenanan 1 tweet dari this annoynymous account yg mendakwa saya rude terhadap staff hotel seluruh Malaysia. Dia juga dakwa saya ni propa & acah2 baik di social media.
"Pertama sekali, bagi saya ini adalah tuduhan yang tak berasas. Kita berada dalam dunia business, jadi kita pun tak boleh nak jangka apa tuduhan yang tak berasas dari pesaing atau sesiapa.
"Kemana- mana saya pergi, saya cuba sebaik mungkin untuk baik dengan semua orang. Tak pernah lagi sekali pun, orang nak ambil gambar, atau ajak sembang, saya tak layan.
"In fact, siapa yang kenal saya, tahu saya memang suka sembang & saya layan setiap golongan masyarakat dengan hormat," jelasnya.
Asyraf menjelaskan perkara berkenaan dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
BACA: Dituduh Acah-Acah Alim, Kurang Beradab Dengan Pekerja Hotel, Asyraf Kahlid Jawab Dakwaan Netizen
Tambah Asyraf dia juga manusia biasa, jadi mungkin ada hari dia tiada dalam emosi yang baik.
"Saya bukan lah maksum, mungkin ada pernah saya terkasar bahasa, tapi bagi saya, its normal. Some days, we have good days, some days, not so good.
"Saya pun masih normal, tak mungkin saya akan marah kalau tak ada apa-apa sebab," katanya.
Walau bagaimanapun, Asyraf meminta maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengan perilakunya tanpa dia sedar.
"Jadi kalau saya pernah terkurang ajar, atau terkasar bahasa dengan sesiapa sahaja, saya mintak maaf.
"Saya pun tak seronok bila benda macam ni keluar kerana itu akan mewujudkan percepsi buruk terhadap saya.
"Kalau ada yang pernah terjumpa saya, korang boleh menilai sendiri macam mana saya yang sebenar. Jangan segan nak tegur saya, insya-Allah saya akan layan semua orang baik-baik," ujarnya.
Kelmarin, tiada angin tiada ribut, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin tiba-tiba disebut netizen sebagai pasangan suami isteri yang kurang adab.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, Asyraf dan isterinya didakwa sering 'propa' dan berlagak alim, bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
18/11/2024
09:25 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Siti Saida & Sairah Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara – “Abah Pasti Bangga, Al Fatihah Buat Abah”

gempak
14/11/2024
07:20 MYT
Umum mengetahui penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Unitar