,
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

Firdaus
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.

Mahu Fokus Besarkan Anak

Mawar atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, fokus mereka berdua ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak demi masa depan yang lebih baik.

“Buat masa sekarang, kami cuba yang terbaik. Itu sahaja yang saya boleh cakap. Sebab kalau saya hendak bercakap mengenai bekas suami, saya takut boleh menjadi punca atau permasalahan lain.

“Apa yang berlaku antara saya dan bekas suami, saya cuba elakkan sebab ada anak-anak yang masih kecil dan bekas suami juga masih bapa kepada mereka.
“Jadi, saya cuba untuk elakkan apa-apa yang tidak baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan tayangan eksklusif drama terbaharu terbitan Unifi TV, Bara Jiwa di Setia City Mall, pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

​BERITA TRENDING: Mawar Rashid Jawab Dakwaan Kahwini Jejaka Dari Brunei!

​BERITA TRENDING: Mawar Rashid Anggap Kehidupan Baharu Ibarat ‘Gelas Kosong’ - “Saya Gembira & Syukur Dengan Peluang…”

​BERITA TRENDING: "Saya Tiada Pihak Ketiga, Begitu Juga Bekas Isteri Saya" - Raf Yaakob

Bercerita lebih lanjut, Mawar tidak menafikan dia dan bekas suami masih berkomunikasi dalam perkara berkaitan anak-anak.
“Kami sentiasa berkomunikasi mengenai anak-anak dan keutamaan kami adalah untuk membesarkan mereka. Kami perlu pastikan mereka okay.
“Saya dan bekas suami akan terus pastikan yang terbaik untuk anak-anak. Kami akan kongsi urusan dengan anak-anak secara bersama sebab mahu pastikan mereka dapat menjalani cara hidup yang sama,” katanya.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf atau atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar