,
Berita

Tak Lama Lagi Kita Mungkin Boleh Memandu Kereta Yang Mampu Bergerak Seperti Ketam

Izwan Isa
13/01/2024
14:55 MYT
Antara cabaran sewaktu membawa kereta adalah ketika cuba untuk meletakkan kenderaan pada kotak parkir di sisi atau bahu jalan.
Situasi akan menjadi bertambah rumit apabila kotak parkir itu telah sedia diapit dengan dua kenderaan lain pada bahagian depan dan belakang.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai teknologi dan inovasi dilengkapkan pada kenderaan untuk memudahkan proses meletakkan kenderaan dan terbaharu, Hyundai Ionic telah diubahsuai sistem rodanya sehingga membolehkan kenderaan itu bergerak ke sisi persis seekor ketam.
Roda yang diberi nama Mobis e-Corner ini dibangunkan oleh anak syarikat Hyundai dan ia membolehkan kesemua empat roda pada kereta diputarkan sehingga 90 darjah, sekaligus mempercepatkan proses keluar dan masuk ruang parkir di sisi jalan.
Selain itu terdapat mod untuk bergerak secara sendeng untuk memudahkan kenderaan memotong, mod berpusing 90 darjah dan berputar 360 darjah secara setempat.
Setiap unit Mobie e-Corner dilengkapi motor elektrik, sistem suspensi dan brek tersendiri yang dikawal oleh komputer membolehkan ia berfungsi serentak atau kendiri mengikut keperluan. Sistem in masih di fasa prototaip sahaja pada waktu ini.
Sumber: Amanz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Curi Sosej & Isi Ketam, Dua Remaja Berdepan Penjara Maksimum 14 Tahun

gempak
30/10/2022
21:21 MYT
Entah apa yang difikirkan dua remaja lelaki ini apabila disyaki memecah masuk stor makanan jiran yang juga peniaga untuk mencuri sosej dan isi ketam.
Laman Utama

Dijangkiti Covid-19 Kali-2, Eina Azman Gagahkan Diri Masak Sup Ketam Untuk Keluarga

gempak
17/03/2022
02:42 MYT
Rajin Eina Azman masak...
drebar

Hyundai Kona 1.6 Tubro dan 1.6 Turbo N Line Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM146,888

gempak
30/07/2021
07:50 MYT
Perbezaan harga antara 1.6 Turbo dengan 1.6 Turbo N Line itu adalah RM10,000.
drebar

Kenali 4 Ciri Baharu Hyundai Kona 1.6 Turbo N Line Bakal Lancar Tidak Lama Lagi

gempak
16/07/2021
05:37 MYT
Kona 1.6 Turbo N Line bakal menjadi kenderaan segmen B SUV paling berkuasa dari segi enjin dalam pasaran Malaysia.
drebar

Hyundai Group Beri Fokus Kepada Kenderaan Mesra Alam

gempak
01/06/2021
07:18 MYT
Peralihan itu memang kena pada masanya memandangkan banyak pasaran termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Britain menyaksikan kenaikan permintaan kenderaan mesra alam.