,
Hiburan

Tak Lagi Sesuai Digelar Artis Berbadan Gempal, Afdlin Shauki Kini Semakin Kurus!

Kamaruddin Razal
23/04/2019
14:35 MYT
Pelakon, pelawak dan hos terkenal Datuk Afdlin Shauki mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut dan ia dibuktikan melalui perbandingan gambar yang dimuat naik di Instagram, lapor Astro Awani.
Gambar itu menunjukkan perbezaan bentuk tubuhnya pada Disember 2018 dan April 2019.
Malah muat naik itu bagi memberikan semangat kepada pengikutnya yang mengalami masalah berat badan dengan mesej bahawa jangan putus semangat untuk menguruskan badan.
Dalam muat naiknya itu, Afdlin mengakui melakukan perubahan ini demi anak-anaknya dan berikrar akan mencapai berat badan ideal secara perlahan-lahan.
Afdlin turut berjanji akan terus konsisten terhadap perubahan ini.
Mungkin perkongsian Afdlin ini akan membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia bahawa misi mendapatkan berat badan ideal adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Kerajaan sebelum ini mengakui masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat.
Kajian mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.
Kami mengucapkan tahniah kepada Afdlin atas iltizam untuk mengutamakan kesihatan dan menjadi contoh terbaik kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan!
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."

gempak
20/04/2024
07:55 MYT
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Hiburan

Lama Jaga Privasi, Afdlin Shauki Akhirnya Tayang Isteri!

gempak
03/04/2024
08:55 MYT
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya terbuka memperkenalkan isterinya, Datin Marcella. Pasangan itu ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama produksi dan pelakon filem Harimau Malaya yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, berkongsi bahawa sebab disebalik perkahwinan itu