,
Hiburan

“Tak Kelakar, Biadap!” - Hasil Karikatur Didakwa Hina Menteri Agama Cetus Kemarahan Ramai!

Hanafis Haris
07/10/2020
00:15 MYT
Seorang pereka grafik yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila didakwa menghasilkan karya berbaur sindiran dan penghinaan.
Kali ini ‘mangsa’ karyanya adalah imej menyerupai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi hasil karikatur yang dimuat naik di Twitternya itu, kelihatan seorang individu berkopiah menghembuskan nafas lalu mengeluar dan menyebarkan virus COVID-19.
Hasil grafik tersebut kemudian tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga maya.
Ramai bertanggapan figura yang dihasilkan terlalu mirip dengan Zulkifli dan teguran sebenarnya boleh dilakukan secara baik daripada mempersendakan bekas mufti itu.
Selain netizen, turut sama mengkritik perbuatan tersebut adalah Setiausaha Penerangan MIC A Subash Chandrabose.
Biarpun berlainan agama, A Subahs turut menganggap penghasilan karya tersebut sebagai biadap.
“Ini tak kelakar, jaga adab!,” katanya menerusi satu posting di Twitter rasminya, semalam.
Untuk rekod, Zulkifli mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.
Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 September hingga 4 Oktober lalu menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
BACA: Menteri Hal Ehwal Agama Sahkan Dirinya Positif Covid-19
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar