,
Viral

Tak Jadi Roboh, Ini Perkembangan Terkini Rumah Biru Di Kampung Baru

Gempak
27/06/2024
16:05 MYT
Kecoh di laman sosial apabila Rumah Biru ikonik yang pernah melatari pelbagai karya menerusi layar kaca dan lebar didakwa bakal dirobohkan.
Namun, lain pula dengan kemas kini yang dikongsikan di Facebook baru-baru ini. Menerusi hantaran Syafiq Abdullah, waris pemilik rumah berkenaan memberitahu yang kediaman tersebut tidak akan dirobohkan.

Tidak jadi roboh

Sebaliknya, ia akan dipindahkan ke kawasan lain bagi memberi laluan terhadap pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional berkenaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah…

Kongsi Syafiq, projek tersebut masih tidak dimulakan lagi dan mereka hanya diminta untuk keluar dari rumah berkenaan.

"Hai korang, projek belum bermula lagi ya dan untuk maklumat semua, rumah kami ini Insya-Allah tidak dirobohkan ya. Kami diminta keluar bagi memudahkan projek kan berlangsung nanti.

"Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, Insya-ALLAH pemaju akan baik pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doa semoga selepas tamat projek ni, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini," katanya.
Dalam masa sama, Shafiq mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengikuti perkembangan Rumah Biru itu.

ARTIKEL TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil

​ARTIKEL TRENDING: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

​ARTIKEL TRENDING: Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

​ARTIKEL TRENDING: Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

"Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli tanah kampung ni. Saya sebagai wakil pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi.
"Diharap penjelasan saya ni dapat sedikit sebanyak yang saya kongsikan. Terima kasih Malaysia," katanya.
Selain tarikan pelancong, Rumah Biru itu turut menjadi lokasi penggambaran filem antaranya Adnan Sempit, Remp-It dan Impak Maksima.
Sumber: Majoriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah Keluar..."

gempak
27/06/2024
03:55 MYT
Rumah yang sering kali menjadi tumpuan untuk penggambaran filem, 'Rumah Biru' yang terletak di Kampung Baru dipercayai bakal dirobohkan.
Viral

Dituduh Zalim, DBKL Sekolahkan Netizen Isu Roboh Gerai Ikan Singgang Di Kampung Baru

gempak
22/01/2024
05:55 MYT
Lain kali cari fakta dulu sebelum tuduh menuduh
Viral

26 Penjaja Gerai Singgang Kampung Baru Pindah Lokasi Baharu

gempak
19/01/2024
08:51 MYT
Dah pindah tempat baru guys.
Laman Utama

[FOTO] Semangatnya Awal Ashaari, Zoey Rahman Turun Padang Agih Bakul Makanan, Pek Iftar Di Kampung Baru

gempak
12/04/2023
09:33 MYT
Berbakti pada bulan mulia.
Hiburan

Suntik Elemen Sampin & Tengkolok? Rekaan Menara Kg. Baru Ini Jadi Tumpuan Tapi...

gempak
26/09/2019
10:43 MYT