,
Hiburan

Tak Jadi Peguam, Uyaina Arshad Percaya Ada Hikmah - "Yang Penting Dapat Berbakti Kepada Orang Tua .."

Zulaikha Yusof
26/08/2020
02:04 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 27, mendedahkan dia tidak pernah merancang untuk bekerja dalam industri lakonan.
Walaubagaimanapun, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina percaya dengan aturan Allah yang telah disusun untuk dirinya.
"Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang-orang hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.
"Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang mengingatkan supaya tidak berasa bersalah sekiranya tidak bekerja sama dengan bidang yang dipelajari dulu.
"Buat adik-adik yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka dan mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik-adik dapat.
"Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia-sia. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu.
"Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua dan jadi orang yang berguna kepada masyarakat," tulisnya lagi.

Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang2 hebat dalam bidang pengacaraan & lakonan.. . Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu. . Buat adik2 yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka & mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik2 dapat. Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia2. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu. Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua & jadi orang yang berguna kepada masyarakat ? Ok? ? #UyainaArshad

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Kini, Uyaina sedang sibuk penggambaran untuk drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang bersama barisan pelakon hebat yang lain antaranya Kamal Adli, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.