,
Laman Utama

Tak Jadi Kahwin, Renggo Arrow Tebar Roti Canai Tampung Keluarga

Asraf Aided
22/12/2020
14:03 MYT
Penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 51, kini meneruskan kelangsungan hidup dengan mengusahakan perniagaan roti canai di Pasir Puteh, Kelantan sejak sebulan lalu.
Berkongsi kepada AWANI, kata Renggo dia terpaksa keluar dari Kuala Lumpur apabila perniagaan kedai makan dan roti canainya di Kepong terkesan kerana persaingan perniagaan.
Dalam mengintai peluang perniagaan di Pantai Timur, Renggo pada mulanya memilih Terengganu untuk bertapak.
“Saya duda ketika itu ... dapat seorang wanita yang sudi nak bersuamikan saya di Terengganu, katanya mahu duduk Terengganu bersama wanita itu, takdir Allah tak jadi nikah, batal nikah tak ada jodoh.
“Tak jadi nikah saya buat keputusan pindah ke sini Pasir Puteh, tengok kedai di Sungai Petai ini sesuai, selepas bincang dengan bapa saudara di sini, saya buat keputusan bertapak di sini,” kata vokalis Arrow, kumpulan yang sinonim dengan lagu, Aku Tak Marah itu.
Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di situ aman, tenang dan mempunyai ruang masa.
" Di Kelantan ini tanah dia sejuk, tak berapa bimbang dalam soal sosial anak anak, bahkan beliau menyasarkan untuk berada di kampung kerana bukan sasarannya untuk capai sesuatu yang luar kemampuannya" katanya.
Difahamkam, hasil jualan roti canai Renggo laris terjual antara 200 hingga 250 keping setiap hari.
Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu.
Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang sudah mula berkumandang di saluran YouTube.
"Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula mula bermainndi corong radio" katanya
Sumber : Astro AWANI// Vivi Sumanti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.