,
Laman Utama

Tak Izin Keluar Dewan, Guru Terkejut Ditengking Calon SPM - "Saya Tak Dibayar Gaji Untuk Dimaki"

Amri Hassan
24/02/2021
03:50 MYT
Tular sepotong video TikTok seorang guru wanita yang menahan kesedihan selepas dimaki oleh seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa.
Menerusi video terbabit, guru berkenaan menceritakan kekesalan tentang akhlak pelajar kini yang berani memaki hamun guru ekoran tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan 10 minit sebelum tamat kertas ujian.
Dedahnya, pelajar lelaki terbabit dipercayai meninggikan suaranya dengan perkataan bahasa Inggeris 'what the f*ck sh*t' ekoran berang selepas dikejutkan ketika tertidur di dalam dewan peperiksaan sekitar waktu tengah hari.
Bagaimanapun, video TikTok terbabit telah dipadamkan dari media sosial guru berkenaan selepas permohonan maaf dibuat dari pihak sekolah.
"Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar tadi.
"Anggap macam nilah, saya seorang guru dan seorang manusia saya ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi seorang guru dan ada juga yang cakap terima gaji itu.
"Tapi saya tak dibayar gaji untuk dimaki, saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang," katanya yang sudah enam tahun berpengalaman bergelar guru disiplin.
Sepanjang tempoh bergelar guru, dia tidak pernah berdepan situasi berkenaan seperti yang berlaku ketika sedang mengawasi peperiksaan SPM baru-baru ini.
"Sepanjang bergelar guru disiplin, sekali pun saya tak pernah maki budak, pelajar sendiri datang dan mengaku salah mereka.
"Bila hari ini saya dimaki sedemikian jadi video sebelum ini pun saya turunkan. Tak ada manusia pun yang nak lahir untuk dimaki, direct into your face. Tak ada siapa pun suka perasaan dimaki.
"Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan. Tiktok tempat penceritaan harian saya, minta maaflah kalau ada rasa tindakan saya tak betul. Tapi sebagai manusia, apa saya buat itu perasaan saya yang terkejut dan tertekan dan marah dimaki oleh pelajar 18 tahun sebegitu rupa.
"Saya tidak dibayar gaji dan belajar empat tahun sebagai guru sebagai tiket untuk generasi sekarang untuk maki saya. Saya ada harga diri, saya ada maruah," tambahnya.
Menerusi tinjauan di Twitter, masih ada sebilangan pengguna yang terkilan dengan tindakan pelajar terbabit dan bersimpati atas nasib yang menimpa guru berkenaan.
Sumber: Twitter, TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.