,
Laman Utama

“Tak Dok Modal Sungguh Nak Fitnah, Umi Oyak Baik Beli Emas” - Beg Tangan Isteri MB Bukan RM26,000 Tapi…

Mya Amri
24/12/2022
23:15 MYT
Anak Menteri Besar Kelantan yang dikenali sebagai Azma Ahmad tampil menafikan dakwaan beg tangan yang digayakan ibunya, Siti Zabidah Abd Hamid bernilai RM26,000.
Azma menerusi kenyataan ringkas di akaun Facebook miliknya memberitahu bahawa dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata.
Malah jelasnya lagi, beg tangan itu merupakan hadiah daripada mereka adik-beradik kepada ibu kesayangannya.
“Beg tu sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada umi sempena hari keluarga 2022. Tak ada modal sungguh rasanya pun orang nak fitnah-fitnah. Umi kata kalau beg RM26,000 baik beli emas,” tulisnya.
Dalam pada itu, Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMBK) sebelum ini juga turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan perkara itu sebagai cubaan untuk memfitnah Ahmad.
“Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300, bukannya mewah sehingga RM26,000 seperti didakwa,” jelas kenyataan tersebut.
Baca kenyataan penuh di bawah:
Terdahulu, tular mengenai dakwaan bahawa isteri Menteri Besar Kelantan itu menggayakan beg tangan berharga RM26,000.
Foto itu tular ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersama isteri menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keadaan banjir yang melanda negeri itu pada Khamis lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.