BERITA
"Tak Dapat Dah Dengar Suara Abam Manis Ni" - Amirul Agam tinggalkan Stesen GEGAR
Penyampai radio GEGAR, Amirul Agam mengumumkan semalam merupakan hari terakhirnya berkhidmat di stesen radio terbabit.
Perkara itu dikongsi Agam menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Thank you GEGAR, semalam hari terakhir saya bersama GEGAR.
"Terima kasih yang telah mendengarkan GEGAR sepanjang saya bersiaran sejak 31 March 2018, terima kasih kepada semua dan teruskan menyokong GEGAR.
"Masa untuk terbang tinggi bersama impian, Doakan semua dipermudahkan," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Agam terkejut dengan pengumuman itu.
Ada juga yang mengatakan tempohnya berkhidmat di stesen radio itu terlalu singkat.
"Sekejapnya, kenapa?
"Kenapa, berhenti ke?
"Tak dapat dah dengar suara abam manis," tulis netizen.
Khabarnya, Agam bakal bertugas sebagai penyampai di salah sebuah stesen radio yang telah melalui proses penjenamaan semula
Must-Watch Video