,
Viral

“Tak Boleh Tengok Habis, Paling Seram, Ngilu Weh!” - #LathiChallenge Versi Doktor Gigi Ini Paling Epik

Azwa Rahman
05/06/2020
10:40 MYT
Seorang doktor gigi tampil menyahut cabaran #LathiChallenge yang sedang tular di laman sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @mishbella07 berkongsi sebuah video #LathiChallenge aksi doktor gigi tersebut untuk tontonan umum.
“Ni je lathi challenge yang boleh diterima,” jelas pengguna tersebut sebagai kapsyen video. Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, doktor gigi tersebut berubah memakai peralatan pelindung diri dan babak terakhir bertukar kepada aksinya mencabut gigi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi doktor gigi itu namun babak cabut gigi tersebut membuatkan ramai yang ngilu.
“WEH YA ALLAH PART LAST TU ASTAGFIRULLAHALAZIM NGILUNYA RASA,” komen seorang wargamaya.
“Yang ni paling seram. Terasa ngilunya aih,” kata seorang wargamaya.
“Ya allah nikmatnya bila gigi tu dicabut,” tulis seorang wargamaya.
“Okay time dia cabut gigi tu kaki aku terangkat sekali, shit!” luah seorang wargamaya.
“WEHH BAPAK SERAM ending tu macam malaikat maut nak cabut nyawa je,” usik seorang wargamaya.
“Walaupun best, ni antara lathi challange yang aku tak boleh tengok sampai habis,” luah seorang wargamaya lagi.
#LathiChallenge yang tular sekitar minggu ini memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah yang cantik sebelum berubah menjadi watak menakutkan.
Sehingga kini, kicauan video tersebut telah menerima hampir 248,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Cabut Gigi Amah Guna Playar, 2 Wanita Diarah Bela Diri Kes Perdagang Manusia

gempak
30/07/2024
16:55 MYT
Mahkamah Sesyen, Ampang pada Selasa memerintahkan dua wanita membela diri atas dua pertuduhan memperdagang seorang wanita warga Indonesia dan mengambil wanita itu bekerja tanpa permit sah, pada 10 tahun lalu.
Viral

Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Pemuda 23 Tahun Temui Ajal Selepas Cabut Dua Batang Gigi

gempak
04/02/2024
14:55 MYT
Takziah buat keluarga.
Laman Utama

“Masa Operate Buang Gigi...” - Wawa Zainal Tunai Impian Anak Buat Gigi Palsu

gempak
15/04/2021
00:25 MYT
Senyum je Hayla lepas dapat gigi baru ni. Amboi lawanya dia.
Laman Utama

Padam Foto Veneer Palsu, Sheila Rusly Mempromosikan Perkhidmatan Pergigian Di Pusat Kecantikan?

gempak
14/01/2021
12:30 MYT
Pergilah ke klinik gigi yang bertauliah.
Hiburan

Isteri Nubhan Berhenti Kerja Doktor Gigi Untuk Menjadi Housewife - "Suami Kata Ini Pekerjaan Paling Mulia"

gempak
10/11/2020
23:20 MYT
Meriah sambutan hari pertama Fie jadi suri rumah...