Laman Utama

“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama

gempak
Shahrin Zulkifle
09/02/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama

Pelakon kacak Meerqeen mendedahkan dirinya pernah berhadapan dengan masalah depresi ketika berada di bangku sekolah.

Bagaimanapun, jelas Meerqeen, 22, masalah tersebut sekali lagi menyerang dirinya selepas menjayakan watak Adi menerusi drama bersiri Nenek Bongkok Tiga.

Ini kerana, kata aktor tersebut, apa yang dituntut dalam watak berkenaan seakan sama dengan kisah silam peribadi dirinya.

“Watak Adi itu sebenarnya adalah karakter Meerqeen itu sendiri. Kerana jujur saya katakan, sepanjang perjalanan Adi dalam cerita ini ada kene mengena dengan kisah silam saya.

“Ini kerana dengan membawa watak Adi itu masalah depresi saya kembali. Masalah depresi itu buat saya tidak happy dengan hidup. Sepanjang empat bulan saya jalani penggambaran diri saya terasa berbeza.

“Sehinggakan saya terbawa-bawa dengan watak itu ke rumah. Saya tidak boleh tengok diri saya dalam cermin sebab teringat Adi. Mak saya perasan perubahan saya yang seakan diserang depresi kembali dan kami berdua menangis.

“Sebab itu jika ada yang perasan saya pernah warnakan sekejap rambut saya sebab nak hilangkan watak tersebut daripada membayangi diri,” katanya kepada Gempak.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan episod pertama Nenek Bongkok Tiga yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, naib juara Hero Remaja 2019/2020 turut menjelaskan dirinya tetap berasa bertuah apabila dapat menggalas watak berkenaan.

Malah baginya, itu merupakan satu bentuk kesedaran yang boleh dilalukan untuk membantu orang ramai yang berdepan masalah sama.

“Saya rasakan bertuah juga dapat watak sedemikian kerana dalam masa sama dapat sebarkan kesedaran kepada orang ramai.

“Saya harap, sesiapa sahaja yang ada masalah depresi tidak bertindak sama seperti watak Adi,” tambahnya.

***

Selain Meerqeen, Nenek Bongkok Tiga turut dibintangi pelakon tanah air seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar dan ikon lakonan diminati ramai Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.

Nenek Bongkok Tiga merupakan drama bergenre fantasi seram yang mengisahkan lapan orang remaja yang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu identiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah.

Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

Saksikan Nenek Bongkok Tiga arahan pengarah hebat Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit Zurina Ramli menerusi platform Viu Malaysia bermula 9 Februari, diikuti episod baru seterusnya setiap mimggu pada hari Khamis.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024