,
Laman Utama

“Tak Bisa Diungkap Dengan Kata-Kata” - Syahrini Pulang Ke Kampung Suami Menaiki Pesawat Peribadi

Azwa Rahman
21/12/2020
11:30 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia Syahrini mencuri tumpuan wargamaya apabila terbang pulang ke kampung halaman suaminya, Reino Barack di Tokyo, Jepun dengan menaiki pesawat peribadi.
Menerusi laman sosial Instagram, Syahrini atau nama sebenarnya Rini Fatimah Zaelani, 38, berkongsi foto berada di dalam pesawat mewah itu untuk tatapan umum.
“Selamat pagi, semalam pukul 7 pagi tepat sampai di Tokyo. Untuk yang pertama kali travelling ke luar negara setelah setahun diam di rumah dan hanya sekali saja travelling ke Bromo dan Borobudur,” jelas Syahrini di ruangan kapsyen.
Tambahnya lagi, dapat terbang mengembara di saat negara dilanda pandemik COVID-19 membuat perasaanya bercampur-aduk.
“Masya-Allah, tak bisa diungkap dengan kata-kata, dengan segala protokol kesihatan penerbangan yang begitu ketat, tapi semuanya disyukuri dengan ucapan alhamdulillah terima kasih Ya Allah Ya Rabb telah selamatkan kami semua selamat sihat sampai ke kampung halamanya pak Reino,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian itu lagi, pasangan itu kelihatan selesa menaiki pesawat peribadi malah Syahrini kelihatan cukup santai di bawah selimut berjenama Dior.
Namun penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Memilih Aku itu menutup ruangan komen di laman Instagramnya.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 130,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Syahrini dan Reino berkahwin di Masjid Camii, Jepun pada 28 Februari 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak

gempak
02/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.
Hiburan

Dilayan Macam Puteri Makanan ‘Diterbang’ Khas Dari Indonesia, Badan Syahrini Naik 18 Kilogram

gempak
04/06/2024
11:52 MYT
Selebriti terkenal Indonesia, Syahrini sedang berbahagia kerana hamil anak sulung hasil perkahwinan bersama Reino Barack.
Hiburan

Syahrini Sahkan Hamil Lepas 5 Tahun Kahwin, Tayang Perut Memboyot

gempak
23/05/2024
07:25 MYT
Penyanyi Syahrini akhirnya mengesahkan spekulasi dirinya hamil dengan mempamerkan penampilan terkini ‘berbadan dua’ di akaun media sosial, Instagram.
Laman Utama

Peminat Label Dian Sastro Sombong Sebab Enggan Bergambar; “Terserah, Saya Tak Peduli”

gempak
27/01/2023
10:00 MYT
Hak masing-masing
Laman Utama

Pelakon & Hos Rugi Lebih RM100 Ribu, 11 Kenderaan Termasuk Porsche ‘Hilang’

gempak
15/07/2022
05:56 MYT
Harap pelaku di bawa ke muka pengadilan.