ASTRO GEMPAK ARTICLE
Tak Berbaju & Lukis Garisan Merah, Netizen Kurang Senang Zoey Rahman Ikut Trend S-Line - “Jangan Buka Aib Sendiri”
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menjadi perhatian netizen selepas melakukan trend kontroversi S-Line yang tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Zoey telah memuat naik foto merakamkan dirinya yang tidak mengenakan pakaian ketika berada di gimnasium.
Namun apa yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen adalah beberapa garisan merah yang dilukis atas kepalanya itu.
Rata-ratanya mengetahui garisan merah tersebut merupakan simbol utama trend berkenaan yang diinspirasikan daripada drama Korea adaptasi Webtoon bertajuk S-Line.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat Zoey melakukan trend tersebut.
Malah ada juga yang menasihatkan supaya Zoey tidak membuka aib dengan berkongsi trend seperti itu.
Untuk info, trend S-Line bermula daripada sebuah drama Korea, di mana satu garis merah umpama tali muncul di atas kepala kononnya menunjukkan siapa yang pernah berhubungan intim.
Trend berkenaan melambangkan tahap pengalaman seksual individu atau menunjukkan siapa yang pernah berhubungan intim.
Trend ini kemudiannya ditiru secara terbuka oleh anak muda dengan menyunting gambar sendiri atau orang lain dengan filter seolah-olah mendedahkan kisah silam hubungan peribadi.
Sebelum ini, para pendakwah bebas termasuklah Ustazah Asma Harun serta PU Syed tampil memberikan teguran buat umat Islam yang terjebak mendedahkan aib secara terbuka dengan melakukan trend S-Line ini.
Malah, ustazah Asma’ juga menegaskan bahawa trend ini sepatutnya dihentikan kerana ia adalah penzahiran dosa yang dimuliakan oleh syaitan.
Must-Watch Video