,
Laman Utama

Tak Akan Bosan! Sepanjang Februari, NAURA Sajikan Teroka Lokal Battle & Perang Periuk Untuk Penonton

Zulaikha Yusof
26/01/2021
10:07 MYT
Sejak pelancarannya pada tahun 2018, NAURA banyak menghasilkan program-program yang mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia dan komuniti Muslim seluruh dunia.
Untuk bulan Februari yang bakal tiba tidak lama lagi, terdapat dua program baharu yang akan disiarkan khas buat penonton.
Antaranya adalah:
1. Teroka Lokal Battle
Teroka Lokal Battle adalah rancangan permainan yang bersetkan suasana di rumah. Hos dan tetamu jemputannya akan bermain permainan yang menguji pengetahuan mereka tentang Malaysia.
Pemenang untuk setiap permainan berpeluang untuk merasai pelbagai makanan lazat Malaysia.
Dihoskan oleh Shalma Ainaa, Teroka Lokal Battle akan ditayang pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam.
2. Perang Periuk
Perang Periuk adalah rancangan yang mengadakan pertandingan memasak antara keluarga iaitu gabungan antara emak mertua dan menantu perempuan atau lelaki.
Kedua-dua pasangan akan memasak untuk membuktikan bahawa air tangan mereka adalah yang paling sedap yang akan diadili oleh dua Chef profesional iaitu Chef Sherson Lian dan Chef Ili Sulaiman yang juga merupakan hos untuk program ini.
Perang Periuk akan ditayang pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam.
Saksikan program Teroka Lokal Battle dan Perang Periuk sepanjang Februari ini secara eksklusif di saluran NAURA (CH109).
Anda juga boleh strim kesemua program NAURA melalui aplikasi Astro GO dan on demand, di PVR Box atau Ultra! Untuk mengetahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo sekarang.
Di samping itu, dapatkan perkembangan terkini program-program berkonsepkan Muslim progresif serta tips dan pesanan dari tokoh-tokoh Islam yang sarat dengan ilmu agama, hanya di https://www.instagram.com/mysalammuslim!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Eksklusif Di Roda Panas, Achey 'Rempit' Dengan Yamaha RXZ & Kisah Lamborghini Huracan Tinie

gempak
12/04/2021
01:20 MYT
Laman Utama

Nana Undang Ibu Mertua Dalam Sedapur Bersama Nana Mahazan Episod Akhir Malam Ini!

gempak
05/11/2020
12:10 MYT
Laman Utama

Nana & Nila Kurnia Menitiskan Air Mata Gara-Gara...

gempak
22/10/2020
11:20 MYT
Laman Utama

Selepas Bapa Sendiri, Ibu Angkat Pula Diundang Dalam Sedapur Bersama Nana Mahazan

gempak
15/10/2020
11:20 MYT
Laman Utama

Nana Mahazan Memasak Bersama Ayahnya Buat Pertama Kali!

gempak
01/10/2020
11:30 MYT