,
Laman Utama

Tak Adil Kepada Palestin, Pengasas Intotaqwa_malaysia Ajak Vlogger Sensasi, NasDaily Berdebat

Maliah Surip
17/05/2021
12:50 MYT
Pada saat Palestin semakin teruk dibedil dan dimusnahkan Israel tanpa perikemanusian, Malaysia menjadi salah sebuah negara dengan rakyatnya yang cukup tegar menyokong dan mendoakan saudara Muslim kita di Gaza.
Bukan hanya para menteri atau orang perseorangan, banyak organsisi bebas atau NGO ikut melahirkan kemarahan sekaligus mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin.
Salah sebuah NGO bebas yang cukup lantang bersuara dan memberi informasi terkini mengenai pergolakan yang berlaku di Gaza adalah Intotaqwa_malaysia.
Menerusi hantaran Instagramnya, pengasas NGO tersebut iaitu Fara Othman dengan lantang mengkritik vlogger sensasi NasDaily.
NasDaily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin adalah seorang Muslim yang berasal dari Israel.
Disifatkan sering memberi konten berat sebelah dan menyokong Israel, Fara menuliskan kiriman buat NasDaily yang mempunyai lebih 7 juta pengikut di media sosial.
"Amat kesal apabila melihat anda play safe terhadap kemas kini mengenai Israel dan Palestin.
"Wahai adikku, tolong berhenti memberi inspirasi seminit konten anda itu. Anda tidak berada dalam konflik. Ia bukan mengenai anda.
"Ia mengenai rakyat, Zionis yang mahu mengusir mereka dari tanah yang diduduki lebih 100 tahun silam.
"Ia mengenai kematian banyak anak yang tak berdosa. Ia tentang mempertahankan masjid, rumah Allah untuk umat Islam solat.
"Semuanya akan okay jika Zionis tidak menganggu dan meninggalkan ia kepada Palestin. Faham?" tulis Fara dalam bahasa Inggeris di akaun Instagram rasmi NGO tersebut.
Dengan tegas, Fara juga mengatakan Nasdaily tidak adil dan bersikap bias kepada Israel.
"You speak injustice and you’re totally biased to Israel!
"Di mana kamu saat Zionis menyerang, memusnahkan kediaman malah menghalang mereka untuk solat?
"Bukankan lebih baik pada saat ini kamu membuat inisiatif memberitahu Israel tentang kekejaman mereka?
"Palestin tidak pernah bertindak agresif. Mereka hanya mempertahankan hak, namun Zionas langsung tidak membenarkan mereka bernafas," ujar Fara lagi.
Dengan terbuka, Fara mengakhiri tulisannya dengan mengajak Nasdaily melakukan debat terbuka dan sangat menghargai jika jejaka itu dapat memberi maklumbalas terhadap luahannya.
"Lets have an open dialogue & appreciate some reply. Thank you. From Malaysia, Fara Othman," pesannya.
Sementara itu, NasDaily yang memiliki passport Israel baru ditolak untuk memasuki Malaysia pada akhir bulan lalu.
Bengang kerana dirinya tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Malaysia, NasDaily memuat naik sebuah video.
"Negara yang kalian lihat di belakang saya ini, susah sekali untuk dimasuki, sebagaimana Korea Utara. Dengan paspport Israel saya, tidak mungkin saya memasuki negara mereka.
"Dan tambah mustahil karena persoalan politik. Malaysia dan Israel bukan 'sahabat'," katanya seperti dipetik dari The Star.
Selain Malaysia, keinginan NasDaily memasuki Indonesia juga dinafikan oleh Republik tersebut.
Instagram: @Intotaqwa_malaysia Facebook: NasDaily
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Yahya Sinwar Terbunuh Akibat Tembakan Di Kepala

gempak
19/10/2024
04:55 MYT
Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Berita

Serangan Balas Dendam! Iran Bedil Beratus-Ratus Peluru Berpandu Ke Isra*l

gempak
02/10/2024
01:52 MYT
Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Iran, menyebabkan warga Israel bergegas ke tempat perlindungan dan mencetuskan kebimbangan di seluruh wilayah.
Unitar