,
Gaya Hidup

Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf, Kini Bulan Bintang Nak Belanja Pasangan Honeymoon Percuma Di Bali!

Amri Hassan
10/06/2024
19:54 MYT
Jenama baju Melayu ternama, Bulan Bintang berbangga dapat menaja busana pengantin 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 pada Sabtu lalu.
40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Syukur kongsi rezeki

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.
“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).

“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.

BERITA TRENDING: Pengasas Bulan Bintang Berhabis RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Hadiah Pakej Umrah!

BERITA TRENDING: Bulan Bintang Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen Terrrrpaling Raya - "Tahun Ni Kami Beri 150,000 Sampin Percuma & Baju Batik"

BERITA TRENDING: Berani Mati! Pengasas Bulan Bintang Panggil Netizen Tebuk Stock Di Warehouse! - "Aku Biar Mereka Pilih Sendiri Di Rak"

BERITA TRENDING: "Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Honeymoon ke Bali

Dalam pada itu, bersempena koleksi busana pengantin BBWL, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!
Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, ⁠Alessia, ⁠Elaina dan Fionna, anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi percutian bulan madu 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik!
Berikut merupakan syarat penyertaan:
1. Satu penyertaan bagi setiap pembelian Bridal Package Bulan Bintang.
2. Anda wajib ikuti semua akaun media sosial Bulan Bintang dan jadi pengguna yang aktif
3. Anda wajib memuat naik satu hantaran bersama kotak Bridal Bulan Bintang mengikut kreativiti di akaun media sosial peribadi dan tag Bulan Bintang HQ di Instagram Story / TikTok berserta hashtag : #BulanBintangWithLove #BulanBintangBridalCollection
4. Anda wajib screenshot bukti hantaran selepas 24 jam untuk dimuat naik di Google Form.
5. Anda WAJIB mengisi Google Form menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek3Eej0U1_Ng7nsgecTVbOTZFY3hoxT_5Spz6eAlTigr7lRw/viewform dan isi semua butiran yang berkenaan bagi melayakkan penyertaan.
6. Resit pembelian, kupon penyertaan dan kotak pakaian wajib disimpan sebagai bukti penebusan.
7. Pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2024. Sila ikuti perkembangan dari akaun media sosial rasmi Bulan Bintang untuk maklumat lanjut.
8. Keputusan adalah mutlak dan pihak Bulan Bintang berhak untuk membuat perubahan kepada terma dan syarat ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.