,
Viral

“Tahun Ini Saya Reject Semua Food Review!” - Mahu ‘Full Force’, Ceddy Berazam Puasa Penuh

Izwan Isa
12/03/2024
11:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan Ceddy Ang berjanji untuk berpuasa penuh pada tahun ini.
Hal ini kerana, Ceddy yang cukup terkenal sebagai ‘tukang review’ makanan terlepas satu hari berpuasa gara-gara perlu memenuhi tuntutan kerja pada tahun lalu.
“Sudah tentu saya akan puasa tahun ini sebab tahun lalu tidak cukup 30 hari. Saya hanya berkesempatan untuk berpuasa sebanyak 29 hari sahaja.
“Sebab saya perlu buat food review. Jadi tahun ini memang saya tolak semua food review dan fokus untuk buat kandungan puasa sahaja,” katanya kepada Gempak.
Ceddy yang masih mengekalkan menu sahur yang sama seperti tahun lalu menambah, antara manfaat yang diperolehi menerusi rutin berpuasa adalah tampil lebih kurus.
“Nak jawapan jujur? Saya mampu turunkan berat badan. Selain itu, boleh jimat duit juga. Dalam masa sama, berpuasa boleh buat saya bertenaga.
“Kalau hari biasa, kita makan tengah hari kita akan rasa tiada tenaga kan. Tapi puasa, no problem,” katanya.
Ditanya apakah jenis kandungan yang akan diterbitkan sepanjang bulan puasa, Ceddy berkata: “Saya tak boleh rancang awal, nanti orang kata saya tipu pula.
“Jadi, saya akan sahur sambil bersiaran langsung dan dalam masa sama menerbitkan kandungan untuk berbuka,” katanya yang turut merancang untuk mengadakan sesi berbuka puasa bersama peminat.
Untuk rekod, sejak bergelar pencipta kandungan makanan, Ceddy mula berpuasa dengan melakukan rutin bangun sahur sambil mengambil cadangan daripada peminat dari segi pemilihan makanan dan minuman.

BERITA TRENDING: Kongsi Ilmu, Jauhi Toksik! Dr Malar, Zack Kirana, Ryan Bakery & Ceddy Mahu Publik Faham Fungsi Influencer

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Tindakan Kongsi Video Kucing Sakit, Ceddy Ang: “Ada Saya Guna Duit Awak?”

gempak
09/08/2024
21:55 MYT
Ceddy Ang Luah Rasa Kecewa Kepada Netizen Kerana Menganggap Haiwan Hanya Sekadar Haiwan - “Adakah awak tidak mempunyai perikemanusiaan?"
Viral

Viral Nikmati Nutella Dalam Kuantiti Banyak, Ini Respons Ceddy Ang Sebagai Influencer Makanan

gempak
16/07/2024
21:55 MYT
Pempengaruh dan pengacara Live+ The Hardest Singing Show, Ceddy Ang menyelar tindakan segelintir individu yang sanggup membazir makanan demi menghasilkan kandungan ‘viral’ di media sosial.
Hiburan

“Korang Pun Ada Ulasan Sendiri Kan, Kenapa Saya Yang Salah?” - Ceddy Tak Fake, Selesa Buat Food Review Jujur

gempak
15/05/2024
14:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan, Ceddy Ang akui lebih selesa untuk melakukan ulasan makanan dengan jujur.
Viral

Gerakan Blockout 2024 Berleluasa, Ceddy Ang Kongsi Pengalaman Dilamar Produk Dalam Senarai Boikot

gempak
15/05/2024
07:55 MYT
Susulan kempen secara besar-besaran memboikot selebriti-selebriti dan pempengaruh yang dikatakan bekerjasama dengan produk-produk yang memberi sumbangan terhadap Zionis, influencer dan pencipta kandungan, Ceddy Ang tampil berkongsi pendapatnya di Platform X. Menurut Ceddy, sebagai seorang pencipta kandungan, dia tidak menafikan bahawa agak beri
Laman Utama

Kongsi Ilmu, Jauhi Toksik! Dr Malar, Zack Kirana, Ryan Bakery & Ceddy Mahu Publik Faham Fungsi Influencer

gempak
23/02/2023
07:40 MYT
Dr. Malar Santhi, Cikgu Zack Kirana, Ceddy & Ryan Bakery antara pempengaruh yang mencipta fenomena tersendiri dalam dunia digital ketika ini.