,
Laman Utama

Tahniah, Irwansyah Timang Cahayamata Pertama Selepas 10 Tahun Nikah Zaskia Sungkar

Maliah Surip
30/03/2021
23:45 MYT
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah dan pasangannya, Zaskia Sungkar akhirnya bergelar ibu bapa setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Zaskia dilaporkan selamat melahirkan anak sulung mereka semalam di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.
Khabar gembira itu pertama kali tersebar melalui muat naik di akaun Instagram seorang doktor yang ikut menyambut proses kelahiran bayi tersebut.
Dalam Insta Storynya, penguna Instagram yang memakai nama @drtiwi itu merakam momen ketika Irwansyah sedang melantunkan azan untuk zuriat pertamanya yang sedang menangis.
"Siapa pun yang hadir akan tersentuh," tulis akaun tersebut seperti dilaporkan Kompas.
Terdahulu, Zaskia melalui saluran YouTubenya sempat memberitahu usia kehamilannya yang sudah menginjak 36 minggu.
Namun dia mengalami sedikit masalah apabila kedudukan bayi masih belum berada dalam posisi yang betul untuk dilahirkan.
"Jadi selepas mendapat nasihat doktor, mungkin akan menjalani proses kelahiran secara pembedahan," katanya seperti dilaporkan Tempo.
Zaskia juga mengaku sudah mempunyai nama panggilan dan memilih beberapa nama yang sesuai buat cinta hati pertama mereka yang merupakan bayi dari proses IVF.
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Irwansyah dan isteri.
Apapun, Gempak mengucapkan tahniah buat pasangan yang telah menunggu dan bersabar selama pernikahan mereka untuk mendapatkan seorang cahayamata.
Instagram: @irwansyah_15
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.