,
Laman Utama

Tahniah! Hatta Dolmat Terima Pengiktirafan Daripada Malaysia Book Of Record

Asraf Aided
23/04/2021
08:20 MYT
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap berasaskan kelestarian dan mesra alam.
Menurut Hatta, dia amat bersyukur dan gembira menerima penghargan tersebut.
“Syukur Alhamdulillah, tak terungkap kegembiraan saya. Pertama kali memperkenalkan koleksi rangkaian aksesori dan beg saya yang diperbuat daripada botol plastik terbuang yang dikitar semula sebagai sebahagian daripada portfolio pada tahun 2020.
"Ia adalah untuk memenuhi kehendak komuniti dan pengikut saya yang mencari produk tahan lama, mampu milik namun masih premium dan memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan aktif seharian," kata Hatta kepada pihak media.
Tambah Hatta, dia telah melakukan kajian dan mendapat pemahaman mendalam tentang bagaimana pengguna menggunakan produknya.
"Selama ini, saya melakukan perbanding tara dan kajian mendalam mengenai harga, kualiti, motif corak dan identiti sesuatu produk dan saya telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pelanggan saya menggunakan produk Hatta Dolmat.
"Justeru, ini memberi kesan kepada proses rekaan motif, reka cipta, jahitan, penghasilan dan akhirnya membawa kepada rangkaian koleksi aksesori dan hijab HD Monogram yang premium namun mampu milik," katanya lagi.
Koleksi aksesori, beg dan hijab yang bernaung di bawah nama jenama Hatta Dolmat kini boleh didapati di laman sesawang rasmi hattadolmat.net, akaun rasmi Shopee Mall Hatta Dolmat Official Store atau melalui agen yang terpilih.
Hatta juga kini rancakmenyediakan rangkaian koleksi terbaru beliau atas hasil kerjasama bersama Malaysia Airport Berhad melalui platform ShopMyAirport.
Hatta Dolmat juga bakal melancarkan koleksi tudung eksklusif dan pelitup muka rekaan khas beliau pada Mei ini hasil kerjasama strategik antara Hatta Dolmat dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre.
Hampir 200 botol plastik terbuang telah dikitar semula bagi menghasilkan fabrik untuk koleksi ini.
Selain mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record, Hatta baru-baru ini juga merupakan salah seorang penerima 'Successful People in Malaysia' oleh British Publishing House LTD.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.
Hiburan

Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

gempak
04/09/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan isu pereka fesyen didakwa menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000,.
Hiburan

Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

gempak
28/08/2024
10:25 MYT
Tengah sedap-sedap hirup kopi panas petang tadi, Miss K dapat mesej daripada bestie Miss K, Cik Kuntum Parabola nak sharing gosip.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Gaya Hidup

Ezuwan Ismail Pereka Malaysia Pertama Hasilkan Busana Buat Melly Goeslaw! - "Denim Couture Ini Nilainya RM130,000, Berat Lebih 15 Kilogram"

gempak
02/06/2024
07:50 MYT
Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail berbangga dan teruja apabila mendapat kepercayaan untuk mereka busana penyanyi dan komposer tersohor Indonesia, Melly Goeslaw.