,
Salam Muslim

#TahfizMuda Anas dan Iman Curi Perhatian Audiens

Ahmad Shah
13/05/2016
03:47 MYT
Persada #TahfizMuda minggu kelima yang berlangsung malam tadi menyaksikan drama air mata ketika sesi soal jawab antara juri dan peserta.
Paling mencuri perhatian malam tadi ialah Tahfiz Muda Anas dan Iman apabila kedua mereka dilihat menangis semahunya apabila diminta mengulas jasa dan pengorbanan ibu bapa masing-masing.
Agak melucukan pada mulanya apabila juri, PU Hafiz bertanya kepada TM Iman tentang jasa ibu dan peserta cilik itu meminta untuk ditukar soalan lain.
Dia kelihatan teragak-agak sebelum juri memintanya pergi kepada ibunya yang berada dikalangan penonton.
Ketika berhadapan dengan ibunya, TM Iman menangis kerana sebak dan tidak dapat menahan perasaan.
TM Anas pula walaupun sebak ketika menjawab soalan, namun dia berjaya menyusun ayatnya dengan baik sekali.
Dia turut mendapat pujian daripada juri, Ustaz Zamri kerana bacaan Al-Quran yang baik dan huraian yang tepat dan padat tentang pengorbanan ibu bapa.
Persada #TahfizMuda minggu kelima malam tadi turut menyaksikan kesemua enam peserta yang tinggal dapat meneruskan perjuangan ke minggu hadapan kerana tiada penyingkiran.
Bagaimanapun, tiga peserta yang mendapat kedudukan terendah pada minggu ini ialah TM Fatimah, TM Aqil dan TM Amir.
Persada #TahfizMuda telah dihoskan oleh IM Asyraf manakala tiga juri yang bertanggungjawab menilai peserta ialah Ustaz Zamri, Ustazah Sharifah Khasif dan PU Hafiz.
Teruskan menonton peringkat separuh #TahfizMuda minggu hadapan untuk mengetahui siapakah di kalangan enam peserta ini yang akan melangkah ke peringkat akhir #QurankuSahabatku
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Salam Muslim

Selepas Subuh Waktu Terbaik Untuk Hafaz Al-Quran - Tahfiz Muda Aqil

gempak
26/05/2016
11:50 MYT
Salam Muslim

Aqil Dinobat Sebagai Juara Tahfiz Muda Musim Pertama

gempak
26/05/2016
11:16 MYT
Salam Muslim

Enam Finalis #TahfizMuda Yakin Mampu Bergelar Juara

gempak
26/05/2016
02:00 MYT
Salam Muslim

#TahfizMuda: Doa Ibu Bapa Iringi Enam Peserta Ke Final

gempak
20/05/2016
04:35 MYT
Salam Muslim

#TahfizMuda: Mampukah TM Syadril dan TM Anas Melangkah Ke Final?

gempak
19/05/2016
03:21 MYT