,
Salam Muslim

Tahfiz Muda, 10 Peserta Cilik Tonjol Bakat Hafaz Al-Quran

Ahmad Shah
07/04/2016
03:00 MYT
Seramai 10 orang kanak-kanak telah dipilih untuk menyertai program realiti baru terbitan Astro, Tahfiz Muda.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, 10 calon tersebut telah dikenal pasti menerusi sesi ujibakat setelah melihat kelancaran mereka dalam menghafaz Al-Quran.
“Secara jujur, kami sendiri terkejut melihat kebolehan kanak-kanak ini menghafaz Al-Quran seawal usia 8 tahun lagi.
“Tidak dinafikan kebanyakkan peserta yang hadiri mempunyai bakat yang besar namun setelah penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan, maka 10 peserta inilah telah dipilih,” katanya ketika ditemui pada sidang media Tahfiz Muda bertempat di Hotel Park Royal petang Selasa.
10 Tahfiz Muda yang dimaksudkan ialah Muhammad Syadril Idham Sable, 11, Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham,10, Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, Muhammad Aminuddin Mohd Basir, 9, Muhammad Amiruddin Mohd Basir,9, Fatimah Azzahra Bukhari, 12, Nura Mohd Nazir, 10, dan Mohamad Aqil Khair Mohamed Fairos, 11.
Dalam pada itu, Tahfiz Muda juga bakal diadili 100 peratus oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Zainuldin (Hakim Tajwid), PU Hafiz (Hakim Hafazan) dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman (Hakim Tarannum Kreativiti).
Selain itu, program ini juga turut menampilkan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (pembimbing) manakala Imam Muda Asyraf selaku hos Tahfiz Muda.
Tahfiz Muda akan bersiaran setiap Khamis, jam 9.00 malam bermula 14 April 2016 secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Salam Muslim

“Dah Cari Resipi Sahur Tapi Tak Tahu Boleh Bangun Atau Tidak” - Dahlia Rizal Teruja Nak Berpuasa Bersama Suami

gempak
11/03/2024
14:55 MYT
Semoga Dahlia berjaya bangun sahur tau.
Gaya Hidup

Bacaan Doa 10 Rejab & Amalan Yang Disunnahkan

gempak
22/01/2024
06:55 MYT
Tanggal 10 Rejab merupakan salah satu hari dalam bulan Rejab yang dinantikan oleh umat Islam. Hal ini kerana, pada hari itu ada amalan yang boleh dilakukan oleh seorang muslim sebagai sebahagian daripada ibadahnya kepada Allah SWT
Gaya Hidup

Sebarkan Muka Penjenayah Aib Di Sisi Agama? Ini Jawapan Ustaz Hadhari

gempak
09/01/2024
06:55 MYT
Ustaz Hadhari tampil bersuara berkaitan penyebaran aib penjenayah di sisi agama demi menjawab kepada persoalan sesetengah warganet
Berita

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu, Haram Ambil Bunga Tepi Jalan Tanam Di Rumah Sendiri

gempak
04/01/2024
11:55 MYT
Oh ini hukumnya...
Hiburan

"Gabungan Suara Yang Sungguh Indah, Sayu Rasa Hati.." - Video PanggilanMu Terima Respon Positif Netizen

gempak
29/07/2020
19:45 MYT