,
Laman Utama

Tahanan Palestin Di Israel Henti Mogok Lapar Selepas 113 Hari

Azwa Rahman
29/07/2022
11:00 MYT
Raed Rayan, seorang tahanan Palestin di penjara Israel, menghentikan mogok lapar pada Khamis selepas 113 hari.
Agensi Anadolu melaporkan, Jurucakap Pihak Berkuasa Tahanan dan Bekas Banduan, Hassan Abd Rabbo berkata, Rayan menamatkan mogok laparnya selepas rundingan oleh pemimpin serta bantuan perundangan pertubuhan itu.
Beliau berkata, beberapa wakil tahanan turut terbabit dengan rundingan dengan Pihak Berkuasa Penjara Israel, bagi membolehkan Rayan menamatkan mogoknya.
Ditahan secara pentadbiran sejak November lalu, Rayan memulakan mogok lapar sejak 113 hari bagi menuntut supaya penahanan secara pentadbiran dihentikan selain mendesak supaya ditetapkan tempoh bila beliau akan dibebaskan.
Sementara itu, seorang lagi tahanan, Khalil Awawdeh, meneruskan mogok laparnya sejak 26 hari lalu. Beliau sebelum ini tidak makan selama 111 hari.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kelab Al-Assir pada Khamis, Israel tidak mengotakan janji mereka malah mengeluarkan arahan penahanan pentadbiran baharu ke atas Awawdeh untuk empat bulan lagi.
Penahanan pentadbiran adalah taktik tentera untuk memenjarakan seseorang tanpa bicara untuk suatu tempoh sehingga enam bulan, tertakluk kepada perintah lanjutan tahanan susulan.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.