HIBURAN
Syedewa Terima DM Diminta Jangan Kongsi Foto Hasil ‘Make Up’ Dewi - “Pertama Kali Selama 15 Tahun Aku Jadi…”
Perkahwinan usahawan Jofliam dengan wanita pilihannya, Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi pada Sabtu lalu masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Terima DM
Menerusi perkongsian di Instagram jurusolek terkenal iaitu Syedewa mengakui dia pertama kali menerima mesej di laman sosial yang memintanya untuk tidak berkongsi foto Dewi yang menggunakan khidmat solekannya.
“Pertama kali selama 15 tahun aku jadi makeup artist ada org DM aku cakap jangan post makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku sokong mana-mana pihak.
“Dalam hal ni, aku tahu la sikit-sikit tapi tak adalah ambil port sangat. Tak semua yang lalu FYP korang lalu FYP aku. FYP aku main game santai-santai dan content makeup ja mostly.
“Mungkin juga sebab circle aku pun tak update sangat fasal benda-benda peribadi,” kongsi Syedewa.
Hormat kerjaya
Menghormati pihak yang sensitif dengan isu yang berlaku, Syedewa bagaimanapun tetap berkongsi foto hasil kerjanya memandangkan dirinya sudah lama dalam dunia solekan.
“Jadi aku mengambil jalan tengah. Aku hormat orang yang sensitif dengan isu ni.
“Tapi aku kena menghormati juga kerjaya aku sebagai seorang pak cik yang dah lama passionate dengan makeup,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Awak Membimbing Dan Melindungi Saya, Suamiku” - Dewi
ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Hari Bahagia Hampir Tiba, Dewi Kongsi Persiapan Busana Kahwin - “Final Fitting"
Pada perkongsian lain, Syedewa berkongsi sekeping foto memperlihatkan Dewi yang sudah disolek olehnya pada majlis pernikahan wanita tersebut.
Terdahulu, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, iaitu usahawan dan pempengaruh Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”
ARTIKEL BERKAITAN: “10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.
Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.
Must-Watch Video