HIBURAN
Syed Saddiq Serah RM100,000 Bayaran Duta Untuk Rakyat Muar - “Dari Parlimen Ke Minyak Wangi…”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk menyumbangkan keseluruhan bayaran berjumlah RM100,000 yang diterimanya sebagai duta produk minyak wangi kepada masyarakat di kawasannya.
Menariknya, Syed Saddiq turut dilihat bergandingan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, sebagai wajah utama kempen promosi produk berkenaan.
“From Parliament to perfume, now we’re making scents together,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tindakan itu mendapat pujian netizen yang kagum dengan kesungguhan Syed Saddiq dalam mencari sumber alternatif demi membantu masyarakat.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 700,000 tontonan di platform TikTok.
Sumber: TikTok Syed Saddiq
Must-Watch Video