,
Laman Utama

Syamsul Yusof Dedah Pernah Diajak Malique Rakam Lagu Bersama

Izwan Isa
19/07/2022
06:50 MYT
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memberitahu pernah menerima panggilan daripada penyanyi rap dan produser muzik popular, Malique yang menyatakan ingin berkolaborasi dengannya menerusi sebuah lagu.
Menerusi temu bual podcast Bros Gang TV yang disiarkan di Youtube, Syamsul berkata, perbincangan mengenai kolaborasi tersebut berlaku ketika dia masih belum memasuki set dan memulakan penggambaran bagi filem pecah panggung Mat Kilau.
“Sebelum shooting Mat Kilau, Malique ada hubungi saya. Dia nak buat lagu untuk saya. Katanya, saya boleh pilih sendiri berdasarkan empat hingga lima bit yang dia ada. Kami juga ada berbincang soal lirik.
“Bagaimanapun, saya cadangkan Malique yang buat lirik kerana orang nak dengar lagu Malique kerana liriknya. Begitupun, dalam proses perbincangan itu, saya perlu masuk ke set penggambaran Mat Kilau dan dari situ jadual mula sibuk,” ujar Syamsul yang memberi gambaran bahawa projek kolaborasi bersama Malique itu terhenti di tengah jalan.
Melanjutkan bicara, Syamsul turut mendedahkan yang Malique merupakan idolanya dalam bidang muzik sejak zaman sekolah.
“Saya sangat minat pada Malique sejak dari zaman sekolah. Ketika dalam perjalanan nak ke sekolah, pastinya saya akan dengar lagu-lagu Too Phat.
“Apabila saya mendewasa dan dia mula menerbitkan lebih banyak lagu, karya berkenaan menjadi lebih bermakna, dan memberi inspirasinya kepada saya. Kiranya, dia merupakan idol saya dalam scene hip-hop Malaysia. Sebab itu ada gambarnya dalam klip video Jangan Langsi yang saya terbitan tahun lalu,” katanya.
Penyanyi lagu Jangan Langsi itu turut berkongsi tentang keinginannya untuk berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi tempatan lain.
“Datuk M. Nasir, Ruffedge, Datuk Jamal Abdillah merupakan antara penyanyi yang ingin saya berkolaborasi bersama. Tetapi, saya berjiwa muda juga… (ingin kolaborasi dengan) Zynakal dan beberapa lagi rapper muda.
“Banyak lagi karya-karya muzik akan diterbitkan pada masakan akan datang, mungkin kena lebih konsisten. Disebabkan saya tidak boleh buat semua benda, saya perlu bijak urus masa,” katanya lagi.
Sumber: Youtube Bros Gang TV
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.