,
Laman Utama

“Syamsul, Adi Putra & Beto Tak Akan Ada…” - Penerbit Studio Kembara Sahkan Bakal Bikin Prekuel Filem Mat Kilau

Asyikin Mayudin
13/10/2022
07:30 MYT
Selepas kejayaan pertamanya, penerbit Studio Kembara Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy tidak akan terlibat dalam prekuel filem berkaitan Mat Kilau.
Abdul Rahman memberitahu perkara itu disebabkan watak Adi dan Beto tidak diperlukan dalam prekuel tersebut manakala ketiadaan Syamsul kerana ingin memberikan peluang kepada pengarah baharu yang berbakat.
“Yang saya yakin, sebahagian mereka akan kekal dalam prekuel. Itu saja yang boleh saya cakap. Ada beberapa pelakon yang pihak kami sudah ‘chop’ dengan pengeras.
“Tapi Adi Putra dan Beto tidak akan terlibat dalam prekuel tersebut kerana watak mereka masih belum diperlukan memandangkan jalan cerita juga tidak membabitkan mereka.
“Untuk Syamsul pula, kami tiada masalah cuma kali ini kami bercadang untuk memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara selain memeriahkan lagi industri,” katanya kepada Gempak.
Abdul Rahman ditemui ketika majlis santai bersama media di MZ D’Tasik Seafood Restauran, Bandar Baru Bangi, pada Khamis.
Prekuel filem itu dijangka akan menjalani penggambaran sekitar hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Dalam pada itu, Abdul Rahman turut memaklumkan hubungan pihaknya dengan para pelakon tiada masalah.
“Pihak kami dan mereka tiada masalah. Belum ada kesempatan untuk berjumpa sebab masing-masing sibuk. Lagipun kami profesional… benda tak ada apa-apa, kenapa nak buat ada apa-apa.
“Kena ada kematangan melihat benda tu. Saya tak ada apa masalah dan mereka pun begitu. Bukan nak elak sebab ada masalah,” ujarnya.
Sejak ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mendapat kutipan RM97 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.