,
Laman Utama

Syahmi Sazli Muncul Dengan Filem Satu Hari Sebelum Raya, Bakal Undang Air Mata - “Saya Gementar…”

Mya Amri
04/04/2023
06:49 MYT
Ikon Pengarah Muda, Syahmi Sazli kembali dengan filem terbaru berjudul Satu Hari Sebelum Raya.
Satu Hari Sebelum Raya merupakan filem arahan ketiga daripada Syahmi Sazli selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022).
Filem berdurasi 1 jam 24 minit ini menyaksikan kemampuan Syahmi dalam memberi sentuhan pada naskhah yang lebih dramatik yang mampu menjentik emosi, berbanding filem terdahulu yang lebih memfokuskan pada elemen komedi drama.
Menurut Syahmi, walaupun pernah mengarah filem sebelum ini namun karya terbaharu ini tetap membuatkan dirinya berasa gementar.
“Saya rasa amat teruja untuk mempersembahkan filem ini dan dalam pada itu turut berasa sedikit gementar untuk melihat reaksi penonton.
“Selepas menghasilkan Mael Totey The Movie dan 35mm, sokongan positif penonton mendorong saya untuk terus berkarya dan terhasillah Satu Hari Sebelum Raya.
“Kali ini saya cuba membawakan subjek yang dekat dengan masyarakat iaitu Hari Raya Aidilfitri dalam pada kita bergembira menyambut Syawal, namun jangan lupa pada mereka yang memerlukan.
“Saya harap filem ini diterima baik dan mampu memberi nilai hiburan serta pengajaran kepada penonton,” ujarnya.
Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi.
Kali ini menyaksikan Syahmi mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya.
Sinopsis:
Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka.
Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe.
Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya bermula 6 April 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO.
Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.