,
Hiburan

“Syahmi Patut Dijadikan Contoh Buat Mereka Yang...” - Hebat! Filem Mael Totey The Movie Diperkatakan Di Dewan Rakyat!

Hanafis Haris
02/11/2020
09:30 MYT
Filem arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi topik perbincangan dalam Dewan Rakyat, hari ini.
Kejayaan MTTM itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurut Ahmad Fadhli, anak muda seperti Syahmi Syazli patut dijadikan contoh buat mereka yang mahu berkarya dan menunjukkan hasil kreativiti menerusi filem.
Anak muda patut diberi peluang tunjuk kreativiti.
“Sebagai contoh filem Mael Totey The Movie yang dihasilkan oleh anak Kelantan, Syahmi Sazli.
“Saya rakamkan tahniah dalam Dewan Rakyat ini,” katanya.
Jelasnya lagi, beliau kagum apabila filem tersebut meraih kutipan yang tinggi biarpun bermodalkan hanya RM400,000.
Bagaimana filem dengan bajet RM400,000 telah catat sejarah Astro First lebih RM4 juta dalam 5 hari saja.
“Lihat bagaimana anak muda terbitkan filem ini dan telah berjaya membuka mata pengusaha tempatan terutama dalam tempoh COVID-19 ini,” katanya.
Sementara itu, Syahmi menerusi satu posting Instagramnya melahirkan rasa syukur atas penghargaan berkenaan.
“Alhamdulillah. Teruskan melanggan MTTM di Astro First saluran 480,” katanya.
Pada yang tidak tahu, MTTM merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem.
Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey
Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Hadiakan Pekerja iPhone 14, Ramai Nak Majikan Macam Syahmi Sazli

gempak
10/10/2022
08:00 MYT
Netizen puji sikap Syahmi Sazli sebagai majikan
Laman Utama

Hadiahkan Yoe Parey Motosikal Ysuku, Netizen Tanya Asif Dapat Apa? Ini Jawab Syahmi Sazli

gempak
22/02/2021
08:05 MYT
Netizen Tanya Asif Dapat Apa? Ini Jawab Syahmi Sazli
Berita

Kru Mael Totey Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Set, Syahmi Dedah Kata-Kata Arwah Paling Diingati

gempak
26/11/2020
01:35 MYT
salam takziah buat keluarga kru Mael Totey The Movie
Berita

“Tak Tahu Nak Gelak Ke Nak Kesian”- Gelagat Syahmi Syazli Hadapi Dugaan Banjir Jadi Tumpuan

gempak
24/11/2020
09:35 MYT
Gelagat Syahmi Syazli Hadapi Dugaan Banjir Jadi Tumpuan
Hiburan

Kutip RM6.4 juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First

gempak
15/11/2020
15:32 MYT
Tahniah Mael Totey!