gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Maxime Bouttier, Luna Maya Gaduh Kerana Telefon Bimbit
BERITA
[KRONOLOGI] Kes Kematian Zara Qairina, Ini Yang Anda Perlu Tahu!
HIBURAN
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Syafiq Kyle Pernah Kena Kejar Satu Flat Dengan Bapa Sebab…

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
28/02/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Syafiq Kyle Pernah Kena Kejar Satu Flat Dengan Bapa Sebab…
Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan bahawa dia pernah dikejar satu kawasan perumahan oleh bapanya Abdul Razak Husin pada satu ketika dahulu.
Jelas Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, bapanya dahulu sangat terkenal dengan sifat garangnya sehinggakan satu kawasan perumahan mengetahui mengenainya.
“Saya dah abang saya main bola petang balik rumah tak mandi sampai maghrib tak kemas rumah, biasalah budak-budak jadi bila ayah saya balik dia dengan penat tengok pula kami buat macam tu memang kenalah dengan ayah saya.
“Saya pernah kena kejar dengan bapa saya satu flat sampai semua orang keluar. Bila semua orang keluar itu satu peluang untuk saya untuk masuk rumah orang itu tapi bapa saya pun akan masuk juga dalam rumah itu untuk kejar saya.
“Rumah flat kan kita berjiran, jadi saling bantu-membantu,tapi memang legend la sebab kalau bapa saya mengamuk semua orang akan tahu dan jiran-jiran akan membantu. Terima kasih semua,” katanya berseloroh.
Bagaimanapun, memandang dari sudut positif, teraju utama siri One Cent Theif itu menganggap apa yang diajar oleh bapanya itu membentuk dirinya menjadi seseorang yang baik.
“Tapi bila ayah saya didik saya macam itu, saya hormat dengan semua orang, Saya tak tengok dia kerja apa secara tak langsung ayah saya mengajar saya untuk menghormati manusia,” katanya.
Syafiq berkongsi kisah itu di Podcast Borak Dulu Baru Kamu musim ketiga bersama Ubai.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Syafiq Kyle
#Nakal
#Kena Kejar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement