HIBURAN
Syafiq Kyle Hormati Kedua Pihak Keluarga - “Kami Ambil Pendekatan Untuk Isytihar Pada Masa Nikah, Itu Lebih Baik”
Pelakon, Syafiq Kyle menjelaskan perkahwinannya bersama aktres, Mimi Lana yang berlangsung pada 14 Februari lalu tanpa hebahan media adalah bagi menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga.
Hormat permintaan kedua keluarga
Menurut Syafiq, mereka merasakan berkongsi berita baik pada hari pernikahan itu sendiri adalah suatu perkara yang wajar.
“Kenapa memilih untuk ‘suprise’? Sebab saya rasa apa jalan kerja yang saya buat untuk sampai ke hari nikah itu, saya hanya buat yang ‘necessary’ saja, yang diperlukan dan apa yang saya buat itu atas kehendak dan persetujuan dari keluarga.
“Jadi saya respek pihak Mimi dan Mimi respek pihak saya dan benda itu juga dibincangkan dengan pengurus kita. Kami ambil pendekatan untuk isytihar pada masa nikah kami. Itu lebih baik,” jelasnya.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana episod akhir Gadis Masa di Hotel Aloft, Kuala Lumpur pada Rabu.
Perancangan resepsi di KL
Sementara itu, ketika ditanya mengenai majlis resepsi di Kuala Lumpur, Syafiq berkata mereka mempunyai perancangan tetapi masih di dalam perbincangan memandangkan dia dan Mimi sedang sibuk.
“Ada juga cadangan untuk buat di sini tetapi itu masih lagi di dalam perancangan, juga perbincangan antara saya dan Mimi, sebab masing-masing sedang sibuk,” katanya.
Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto merakamkan tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di Instagram.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas Syafiq dan Mimi memuat naik foto pernikahan mereka di platform yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Titip Doa Buat Syafiq Kyle & Mimi Lana – “Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”
ARTIKEL BERKAITAN: Dah Dapat Syafiq Kyle, Mimi Lana Minta Netizen Kenal Dengan Adiknya “Ada Seorang Lagi Yang Macam…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Bukan Pilihan Kedua, Abang Kahwin Baru Cari Saya" - Adik Syafiq Kyle Terkejut Pengikut IG Bertambah
Dengan sekali lafaz, Syafiq dan Mimi telah disahkan bergelar suami isteri pada pukul 5.30 petang Jumaat.
Difahamkan majlis tersebut telah dilaksanakan secara tertutup di The Petrichor Taiping dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat sahaja.
Must-Watch Video