,
Laman Utama

Syada Amzah Jawab Dakwaan Perang Dingin Dengan Shila Amzah - "Saya Memang Sentiasa ..."

Amri Hassan
08/10/2023
03:45 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil menjelaskan khabar angin yang mendakwa sedang bergaduh dengan kakaknya, Shila Amzah.
BACA: Kenapa Shila & Syada Dah Tak Follow Satu Sama Lain Di Instagram?
Menafikan perkara terbabit, jelas Syada, 25, perselisihan faham antara adik-beradik adalah normal.
"Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal saja.
"Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright, elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, jangan risau! Risau fasal keluarga sendiri dulu okay," tulisnya di Instagram Stories.
Syada turut mengulas mengenai kononnya sokongan sebelah pihak buat abangnya yang bakal bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tidak lama lagi.
Sekali gus menegaskan khabar angin mereka adik-beradik berperang dingin tidak wujud sama sekali.
"Sebagai adik saya hanya menunjukkan sokongan kepadanya dan saya tulis sokongan seperti The Amzahs.
"Jika kami tidak okay saya tidak akan mengatakan The Amzahs. Jadi saya sangat berharap itu jelas," ujarnya.
Sebelum ini, khabar angin Shila dan Syada saling bermasam muka menjadi buah mulut ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akuan Instagram masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.