,
Laman Utama

Sweetnya, Hyun Bin Didakwa Beli Penthouse Bernilai RM17 Juta Untuk Persediaan Kahwini Son Ye Jin

Maliah Surip
31/01/2021
02:42 MYT
Aktor Hyun Bin menerusi agensi akhirnya memberi pencerahan mengenai dakwaan dia membeli sebuah kediaman sebagai salah satu persediaan sebelum berkahwin dengan kekasihnya, Son Ye Jin.
Menurut laporan Ilyo Newspaper semalam, kediaman mewah yang dianggarkan bernilai RM17 juta itu akan didiami pasangan tersebut selepas mereka berkahwin.
Laporan yang sama menyatakan kediaman berupa penthouse yang dibeli tersebut bersifat eco-friendly dan berada di kawasan popular yang banyak didiami para selebriti di Seoul termasuk Park Jin Young dan Oh Yeon Seo.
Tak tunggu lama, agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment menjelaskan: "Ini bukan pembelian kediaman untuk perkahwinan.
"Kami tidak boleh mengesahkan pembelian tersebut kerana ia adalah kediaman peribadi," kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan dari Soompi.
Terdahulu Dispatch melaporkan Hyun Bin dan Ye Jin bercinta selepas sama sama terbabit dalam drama popular Crash Landing on You.
Terkini, aktor itu dilaporkan telah bersetuju untuk terbabit dalam sekuel Confidential Assignment.
Kredit Foto: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.