,
Hiburan

"Sweet.. Cia Cia Cia" - Peminat Puji Qi Razali Dedikasi Ucapan Hari Lahir Untuk Teman Wanita

Kamaruddin Razal
24/07/2018
11:01 MYT
Sempena sambutan ulang tahun kekasihnya, pengacara dan ahli kumpulan OAG, Qi Razali, 41, mendedikasikan ucapan hari lahir khas menerusi sebuah entri di laman Instagram.
Menerusi entri tersebut, Qi memuat naik sekeping foto bersama kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22.
"Today is the day i remind you of how great you are, though you probably already know that.
"Have a great birthday and may you live to be as happy as the heart can contain, amboi! hehehe. Smile always and stay the way you are," tulis Qi.
Qi turut menyertakan hashtag #HappyBirthdayNia di ruangan kapsyen.
Rata-rata peminat Qi memuji tindakan pengacara itu yang dianggap sebagai sesuatu yang 'sweet'.
Pengikut laman Instagram Qi juga mendoakan agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.
BACA: Sudah Hantar Rombongan Merisik Kekasih, Qi Razali Rancang Bertunang Tahun Ini
Menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu, Qi mengakui sudah menghantar rombongan untuk merisik kekasihnya.
Menurut Qi, buat masa sekarang dia masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan.
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Qi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.