Berita
Susulan Tragedi Christchurch, Ibu Serta Rakan Sonny Bill Williams Peluk Islam
Ibu kepada bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, Lee Williams, dilaporkan memeluk agama Islam bersama dengan rakan baiknya susulan pasca tragedi solat Jumaat yang mengorbankan 50 nyawa.
Salah seorang yang mengesahkan perkara itu adalah pendakwah terkenal Britain, John Fontain menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya lapor Astro Awani.
Laporan Daily Mail juga menyebut, imam yang berpangkalan di Zimbabwe, Sajid Umar juga meraikan berita gembira itu menerusi perkongsian di Twitter.
Fontain turut berkongsi gambar yang menunjukkan rakan baik Williams, Ofa Tu'ungafasi turut memeluk Islam pada Rabu, bersama-sama Lee.
Lee bersama Tu'ungafasi dikatakan mula menerima Islam selepas serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch.
Williams, merupakan juara dua kali Piala Dunia Ragbi dan pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan All Blacks.
Dia berkongsi kesedihannya di media sosial selepas mengetahui insiden yang berlaku di Christchurch, selain turun melawat mangsa di hospital.
Must-Watch Video