,
Laman Utama

Susulan Rawatan Kemoterapi, Chef Wan Botakkan Kepala - “Rasa Lebih…”

Izwan Isa
04/09/2023
05:50 MYT
Personaliti kulinari popular, Chef Wan berkongsi gambar terkini yang menampilkan dirinya tidak lagi mempunyai rambut.
Chef Wan menerusi kemas kini Instagram berkata, sungguhpun sudah tidak memiliki rambut akibat dicukur, namun, keyakinan yang ada dalam dirinya masih utuh, dan tidak pernah luntur sungguhpun sudah berlainan imej.
“Qamal mencadangkan mungkin saya mahu pakai topi jika saya nak keluar rumah. Katanya hanya cadangan.
“Saya cakap dengan dia, saya rasa lebih yakin dengan diri saya berbanding rasa risau terhadap apa yang orang fikir tentang diri saya, atau bagaimana saya perlu tunjuk diri kepada masyarakat.
“Menjadi botak sekarang atau selama-lamanya pada usia saya tidaklah membimbangkan, sebab kecantikan terletak dalam diri, dalam jiwa kita,” tulisnya.
Menurut Chef Wan, jika kita mempunyai keyakinan seperti itu, kita pasti akan bersinar.
“Tak ramai orang boleh bawa keyakinan seperti ini. Selalunya, kita terlalu obses dengan penampilan kita termasuk apa yang orang ramai jangkakan. Hal ini akan menyebabkan mereka tertekan tanpa sebab.
“Usia dan penampilan kita tidak akan mengubah kelakuan kita, persepsi tentang hidup dan bagaimana kita menjalani kehidupan,” tulisnya lagi.
Chef Wan menambah, sudah tentu orang akan memandang. Namun, jika kita tidak menghiraukan pandangan orang, kita akan boleh kekal gembira, positif dan ada keyakinan diri.
“Sekarang saya rasa kepala saya ringan dan berangin,” katanya yang sengaja tidak mahu mencukur licin kepalanya kerana bimbang luka akibat pisau cukur boleh mengakibatkan infeksi, terutama selepas dia menjalani rawatan kemoterapi.
Terdahulu, Chef Wan memaklumkan yang dia menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).
Namun, doktor turut memaklumkan padanya bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.
Kredit foto: Tatler Malaysia, Instagram Chef Wan
BACA: Chef Wan Hidap Kanser Limfoma… “Allah Akan Jaga Saya”​
BACA: Serina Menangis Dapat Tahu Chef Wan Kena Kanser - "Tak Dapat Menahan Air Mata"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Berita

Kate Middleton Selesai Jalani Rawatan Kemoterapi

gempak
10/09/2024
06:25 MYT
Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan beliau setelah menamatkan rawatan kemoterapinya dalam video yang sangat peribadi yang dikeluarkan oleh Istana Kensington, pada Isnin.
Hiburan

Chef Wan Dedah Bagi Elaun Hingga RM3,000 Kepada Adik Beradik

gempak
02/08/2024
21:55 MYT
Kongsi Chef Wan, segala kesenangan yang diperolehnya sebelum ini adalah lebih baik diberikan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Hiburan

Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

gempak
14/07/2024
00:55 MYT
Pelakon dan penyanyi sensasi Nonny Nadirah tampil berkongsi luahan hatinya yang mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menerimanya kerana Allah.