,
Laman Utama

Suspek Tembakan Rambang Siam Paragon Rupanya Pesakit Mental, Tak Ambil Ubat

Izwan Isa
04/10/2023
02:30 MYT
Remaja 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand semalam dikatakan terlalu ‘keliru’ untuk disoal siasat.
Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, remaja tersebut berbuat demikian selepas mendapat arahan daripadaseorang lagi yang berupa dirinya.
“Dia kata ada seorang lagi dirinya yang arahkan siapa untuk ditembak. Dia merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi dan dia tidak lagi mengambil ubat-ubatan yang diberikan kepadanya,” ujar Torsak.
Bagaimanapun, masih belum terjawab bagaimanakah suspek mampu mendapat akses terhadap senjata api berkenaan.
Torsak turut memberitahu yang kedua ibu bapa remaja itu telah dihubungi oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Thailand, Jojie Samuel berkata, tiada warganegara yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pula telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan situasi kembali reda apabila kawasan insiden telah dikosongkan.
"Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk keselamatan semua pelancong," katanya dalam catatan di platform X.
Terdahulu, dua orang terbunuh, kedua-dua wanita dari China dan Myanmar, dan 5 yang lain cedera.
Angka tersebut kemudian telah dikemas kini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3 kematian.
Sumber: Agensi, Platform X
BACA: Remaja 14 Tahun Disyaki Terlibat Dalam Insiden Tembakan Rambang Siam Paragon
BACA: TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

gempak
18/07/2024
18:40 MYT
Seorang wanita berusia 56 tahun ditemui maut bersama lima rakan di bilik sebuah hotel mewah di Bangkok, Thailand dalam satu insiden yang menggemparkan.
Viral

Jalan Yaowarat ‘Lengang’ Ketika Penggambaran MV Rockstar, Lisa Dikatakan Bayar RM2,570 Kepada Setiap Pekedai Supaya Tutup Awal

gempak
29/06/2024
08:55 MYT
Peminat kepada penyanyi, Lisa Manobal pasti berasa teruja selepas lagu dan klip video Rockstar dilancarkan semalam.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Viral

Seram Sejuk Tengok Biawak Gergasi Merangkak Masuk Paip Kumbahan!

gempak
16/06/2024
05:55 MYT
Video dua ekor biawak bersaiz hampir menyamai komodo dewasa ditemui merangkak dalam paip kumbahan di Bangkok, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan keselamatan orang awam di ibu negara Thailand itu.
Berita

1,000 Haiwan Eksotik Rentung, Pasar Minggu Chatuchak Terbakar

gempak
12/06/2024
21:55 MYT
Kira-kira 1,000 haiwan eksotik, reptilia dan haiwan peliharaan dilaporkan rentung dalam kebakaran besar yang menyebabkan lebih 100 buah kedai hangus di Bangkok.