,
Laman Utama

Susahnya Nak Kejut Anak Bangun Sahur...Nah Ikut Tips Ni, Gerenti Jadi!

Fiza Kamarudin
28/04/2021
13:20 MYT
Ramai mula melatih anak-anak berpuasa selepas mereka mencecah usia 7 tahun. Tidak salah berbuat demikian tetapi ibu bapa perlu memantau nutrisi anak-anak ya!
Memang seronok tengok mereka berpuasa dan paling excited ialah waktu berbuka! Tetapi paling mencabar…waktu nak kejut bangun sahur!
Alahai..Siapa ada masalah sama, anak susah nak bangun sahur walaupun dah berkali-kali kejut?
Jom kami kongsikan tips untuk anak-anak mudah bangun sahur:
1. Pastikan anak tidur awal. Kalau boleh, parents pun sama-sama masuk tidur awal barulah anak ikut. Janganlah suruh anak tidur awal tapi mak atau ayah masih main playstation! Hahaha…Tak salah, tetapi biarkan anak tidur dulu okay! Bila anak tidur awal mereka akan dapat cukup rehat dan tidur yang berkualiti. Barulah senang bangun sahur nanti!
2. Siapkan makanan kesukaan anak ketika sahur Sediakan apa sahaja yang anak mahukan ketika bersahur. Kalau mereka susu coklat hidangkan kepada mereka. Barulah ada semangat mereka nak sahur! Oh ya, pastikan menu yang lengkap dengan nutrisi dan vitamin supaya sentiasa bertenaga menjalani ibadah puasa.
3. Tak payah bangun awal-awal sangat Lagi satu jam nak imsak pun ‘cantik’ kalau nak bangun sahur. Awal-awal sangat nanti lapar pula mereka. Pastikan anak-anak minum air secukupnya ya…
4. Bagi ‘reward’ Beri reward! Contohnya menjanjikan makanan yang enak-enak pada waktu berbuka sekiranya mereka rajin bersahur. Haa…barulah bersemangat!
Jangan jadi macam Syukur…Dah terlepas waktu sahur, barulah menggelabah!
Alahai syukur...Geram betul tengok gelagat dia ni:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar